Speak now

Speak now


I’m Sorry. I didn’t get that.

I’m Sorry. I didn’t get that.

4 Kedai Bakeri Halal di Hong Kong: Pengalaman Manis yang Menggabungkan Tradisi dengan Inovasi

Hong Kong terus berkembang sebagai destinasi yang mesra Muslim, dengan tarikan mesra halal yang kini bukan setakat restoran, malah kedai bakeri. Walaupun bandar ini terkenal dengan tat telur dan roti nanas, kini semakin banyak kedai bakeri yang diperakui halal memperkenalkan pelbagai cita rasa baharu serta menawarkan manisan enak untuk dinikmati ketika dalam perjalanan atau dibawa pulang sebagai buah tangan. Sama ada anda mencari pastri klasik Kantonis, pencuci mulut berinspirasikan antarabangsa, atau oleh-oleh yang dibungkus indah, kedai-kedai bakeri ini menyajikan keenakan unik di Hong Kong buat setiap pelancong.

Fine Foods Shop di The Royal Garden

1. Fine Foods Shop di The Royal Garden

Untuk menikmati hidangan manisan yang mewah, kunjungi Fine Foods Shop di The Royal Garden, Tsim Sha Tsui, yang terkenal dengan Biskut Kupu-Kupu Asli (Palmier) terbaik di bandar ini. Biskut mesra halal ini dibuat sendiri setiap hari, menggunakan doh yang diuli sekurang-kurangnya enam kali, ditabur dengan gula putih dan dibakar sehingga rangup dan berwarna keemasan. Hasilnya, tekstur berlapis halus yang lembut di dalam mulut, dengan sentuhan elegan ala Perancis dalam setiap suapan.

Imperial Patisserie

2. Imperial Patisserie

Menggabungkan nilai tradisional dengan pendekatan moden, Imperial Patisserie semakin dikenali dengan pastri halal bertaraf mewah. Ditubuhkan pada tahun 2018, kedai bakeri ini diterajui oleh barisan cef bertaraf Michelin yang menghasilkan pelbagai pastri istimewa seperti Palmier, telur gulung dan biskut rangup. Antara pilihan paling menonjol ialah Kuih Bulan Lava yang telah memenangi pelbagai anugerah. Imperial Patisserie telah menerima Anugerah Tiga Bintang dan juga tersenarai dalam “100 Pengeluar Makanan Global Terbaik” di A.A TASTE AWARDS 2024. Sama ada anda mencari kuih bulan klasik, Palmier rangup atau oleh-oleh istimewa dari Hong Kong, setiap pastri di Imperial Patisserie menjanjikan kualiti dan rasa yang mengagumkan. Pilihan produknya boleh didapati secara dalam talian mahupun di kedai fizikal, memudahkan anda menikmati keenakan pastri mereka di mana jua anda berada.

Kee Wah Bakery

3. Kee Wah Bakery

Jenama yang cukup dikenali di Hong Kong ini telah menghidangkan aneka pastri yang lazat sejak tahun 1938. Bermula sebagai kedai runcit kecil di kejiranan tempatan, Kee Wah kini berkembang menjadi jenama antarabangsa yang terkenal dengan komitmennya terhadap kualiti dan kehalusan seni pembuatan pastri. Antara pilihan yang menarik ialah biskut Panda, Penguin dan Koala yang bukan sahaja enak, malah comel dan sesuai dijadikan buah tangan. Kee Wah terus mengekalkan warisan tradisi di samping memanfaatkan teknik moden, menjadikan setiap suapan penuh rasa nostalgia yang memikat selera.

Boleh didapati mulai 1 April 2025.

PIN Cookies

4. PIN Cookies

Untuk mendapatkan perisa yang unik dan berbeza daripada kebiasaan, PIN Cookies menyajikan pelbagai biskut buatan sendiri yang diinspirasikan daripada bahan-bahan tradisional Kantonis. Semua biskut buatan mereka disahkan halal dan dibuat segar setiap hari tanpa bahan pengawet atau pewarna tiruan, memastikan rasa yang tulen dan berkualiti. Antara pilihan istimewa termasuk Biskut Kurma Merah, Biskut ChocoNut, Palmier Mentega Asli, Palmier Telur Masin, koleksi Nougat Hawaiian Delights & Berry Nougat, serta gabungan eksklusif Nougat Tropical Sunset & Biskut Oren. PIN Cookies menggabungkan teknik tradisional dengan perisa moden secara kreatif, menjadikan setiap suapan satu pengalaman yang memikat. Biskut yang dibungkus cantik juga sesuai dijadikan buah tangan yang menarik. Boleh didapati di kedai di Central, Causeway Bay dan Wong Chuk Hang, atau secara dalam talian dengan penghantaran terus ke rumah anda.

Kedai bakeri halal di Hong Kong menawarkan gabungan menarik antara tradisi dengan inovasi, memenuhi cita rasa penduduk tempatan serta pelancong yang mencari sajian halal berkualiti tinggi. Sama ada anda penggemar Palmier yang rangup, kuih bulan yang mewah atau biskut berbentuk haiwan yang comel, kedai-kedai bakeri ini menyajikan keunikan rasa yang mencerminkan budaya makanan di bandar yang penuh warna-warni ini. Jangan lupa bawa pulang sekotak dua sebagai kenangan manis perjalanan anda di Hong Kong!


You may also be interested in…

{{post.type}}

{{post.title}}

{{post.date}}

We use cookies to improve your experience and personalize content as detailed in our Cookie Policy. If you accept the use of cookies, please click "I accept." You can manage your settings anytime.