Hong Kong Asia's World City

The Ultimate BROcation

Kadangkala orang lelaki mengidamkan ketika di mana mereka boleh  meniggalkan teman wanita, isteri atau anak mereka dan pergi bercuti hanya dengan  “BROnya” sahaja. Dalam rancangan ini, empat selebriti daripada empat negara berbeza akan melakukan pengembaraan ini apabila seorang bintang Kung Fu menjemput mereka untuk suatu percutian direka khas yang ditanggung sepenuhnya, di Hong Kong! 

Temui BRO-Bro ini


Billy Crawford
Filipina 

Billy Crawford ialah penyanyi, pencipta lagu pop dan R & B sensasi berbakat yang dikenali di peringkat antarabangsa. Beliau juga hos program TV popular termasuk Pinoy Boyband Superstar! Billy telah berjaya menduduki tempat teratas dalam carta Holland, Belgium, Perancis dan Switzerland, dan hampir 2 juta album berjaya dijual. Beliau juga turut dinobatkan sebagai Artis Lelaki Antarabangsa Tahunan di Perancis.

Personaliti hiperaktif Billy dan kebijaksanaan dan kelucuan beliau yang luar biasa pastinya menambah kepada kepelbagaian rancangan BRO ini.


SonaOne
Malaysia

SonaOne penyanyi rap berbakat yang memenangi , juga merupakan artis grafiti, penyanyi, penulis lagu dan penerbit muzik yang terkenal dengan single hitnya “No More”. Single ini telah menempa sejarah Malaysia dengan memenangi dua anugerah muzik secara  berturut-turut pada tahun 2014! Turut dikenali dengan nama sebenarnya, Mikael Adam Lozach, SonaOne meraih inspirasi daripada pengalaman hidup beliau dan membawa bersamanya rentak unik sambil beliau menghayati rentak kehidupan di Hong Kong. 

SonaOne, adalah BRO dan teman lepak yang ideal, dengan penampilannya yang bersemangat dan ceria, serta minatnya yang mendalam dalam pengembaraan.


DJ PK
Thailand

DJ PK terkenal dengan personaliti beliau yang berani dan dinamik. Beliau adalah hos program radio Chill FM 89 dan rancangan TV, The Love Machine. Sebagai pemenang "Hos TV Terbaik" dalam Anugerah Mekhala yang berprestij, DJ PK, juga dikenali sebagai Piyawat Kempetch, yang melambangkan kehidupan mewah – pencinta automobil yang turut menggemari wain yang bermutu. 

Dengan penampilannya yang dramatik dan personaliti beliau yang hebat, DJ PK nekad untuk menyerlah minat rakan BRO beliau terhadap keseronokan dan kembara lasak agar mereka benar-benar menikmati pengembaraan yang sukar dilupakan seumur hidup mereka.


Bjorn Shen
Singapura

Bjorn Shen ialah cef dan pemilik restoran Singapura yang luar biasa dengan sikap tak ambil peduli dan perintis “dude-food” atau makanan orang bujang. Sebagai cef dan pemilik restoran Timur Tengah Artichoke, ais krim popsikel Neh Neh Pop dan restoran ayam goreng, Bird Bird, Bjorn begitu berani apabila mentakrifkan makanan jenamanya sendiri yang menjadikan beliau amat dihormati dalam kelompok senario sajian makanan di Singapura - terutamanya memandangkan beliau cef yang mempunyai ruang khusus dalam majalah Time Out Singapore

Namun, adakah sikap Bjorn yang sinis dan tidak menyembunyikan perasaannya akan menjadi duri dalam daging dalam kalangan rakan BROnya?


Philip Ng
Hong Kong

Bakal menjemput BRO untuk menikmati yang terunggul di Hong Kong ialah bintang seni mempertahankan diri, Philip Ng! Beliau baru-baru ini tampil dalam drama aksi TV terkenal A Fist Within Four Walls dan epik seni mempertahankan diri Once Upon A Time In Shanghai. Philip akan memperkenalkan kampung halaman beliau kepada peserta BRO dan menasihatkan mereka tentang aktiviti yang terbaik di bandar kelahirannya ini.

Sinopsis Episod

Episod Pertama
Perjumpaan Dis-BROrganized di Hong Kong 

Bintang Kung fu, Philip Ng mengalu-alukan empat selebriti BRO yang tidak pernah saling mengenali ke kampung halamannya untuk percutian yang ditanggung sepenuhnya! Usaha menghimpunkan empat BRO di satu lokasi sudah cukup sukar, inikan pula empat BRO selebriti yang tidak pernah saling mengenali dan riuh rendah bila bertekak! Dengan BRO yang lewat tiba dan Philip yang perlu beredar pada detik terakhir untuk shooting filem, berjayakah Ultimate BROcation ini dimulakan?

Episod Kedua
Kereta FaBROlous, wanita dan wain 

Ini hari kedua Ultimate BROcation dan keempat-empat BRO ini dibiarkan melayan keinginan mereka selepas Philip beredar dengan tergesa-gesa ke lokasi penggambaran. Selepas bangun pagi bersama PK yang luar biasa, BRO tidak dapat meneka apa yang bakal berlaku, walaupun beliau menjanjikan hari yang bakal memerah tahap oktan dan adrenalin mereka masing-masing. Adakah BRO yang skeptis dan personaliti PK yang begitu besar, disertai cabaran BRO, akan mengguris ego dan membuatkan hari yang sepatutnya menyeronokkan tidak seperti yang diharapkan?

Episod Ketiga
BROventure Di Luar 

Bangun penuh bersemangat untuk menghadapi hari ketiga Ultimate BROcation dengan SonaOne yang mengetuai Billy Crawford, Bjorn Shen dan PK untuk menghadapi hari yang penuh keseronokan! Rakan BRO terperanjat melihat wajah Hong Kong yang tidak diduga dalam perjalanan mereka menuju ke pantai. Aktiviti yang SonaOne telah sediakan untuk mereka, termasuk fly-boarding, bola sepak bubble dan membei-belah gadget!

Episod Keempat
BROvolt masuk Geng! 

Keempat-empat rakan BRO berkumpul di lobi hotel pada hari keempat dan mendapati cef yang lain daripada yang lain, Bjorn Shen, akan mengetuai program hari ini. Beliau telah mengatur pengembaraan bahagian bandar raya ini yang lebih tradisional. Tapi dengan sikap Bjorn yang tak ambil kisah ini, segala yang diatur menjadi kelam kabut. Sambil para BRO menjadi semakin tidak selesa dengan apa yang berlaku, dua daripada BRO memberontak dan meninggalkan Bjorn untuk menikmati kehidupan malam yang mewah dan menyeronokkan. Beginikah caranya Ultimate BROcation akan berakhir?

Episod Kelima
Bersedia mengalami bencana BROtastrophy

Ultimate BROcation menghampiri penghujungnya dan Philip sudah pun kembali dan mendapati rakan BROnya memendam rasa tidak puas hati daripada pengembaraan sebelum ini. Philip memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini sebagai lelaki, dan membawa kumpulan ini melalui satu lagi cabaran BRO – menembak senapang BB - dan yang kalah pastinya menanggung malu. Apa yang berlaku selanjutnya adalah pertempuran yang melucukan dengan seorang daripada BRO menjadi pihak malang, Ultimate loser!

Tempat lepak BRO yang cool

Tercari-cari pengalaman yang menyeronokkan di Hong Kong? Lihatlah jadual peserta di bawah!

Episod Pertama

Wooloomooloo
Rooftop, The Hennessy, 256 Hennessy Road, Wan Chai

Terletak di Tingkat 31 dan tingkat atas bumbung The Hennessy, Wooloomooloo Steakhouse, ia permata yang sempurna untuk mereka yang meminati stik, kehidupan malam yang bersemangat dan pemandangan metropolitan yang menakjubkan!

Trickstation
Unit 3Y, 2/F, Block B, Bangunan Po Yip, 62-70 Texaco Road, Tsuen Wan

Studio pertama Hong Kong khusus untuk sukan baharu yang dikenali sebgai "Tricking". Sukan ini terbit daripada pergerakan (atau "Tricks") daripada pelbagai jenis seni mempertahankan diri, gimnastik, dan budaya kota seperti Capoeira, Break-dance dan Free-running, di mana segala yang menarik, akrobatik, dan bersifat muslihat diadun menjadi susunan pergerakan yang dinamik.

Lily & Bloom
6/F LKF Tower, 33 Wyndham St, Central

Restoran cop Amerika kontemporari di Lan Kwai Fong yang menyajikan hidangan kegemaran Amerika dan daging gril klasik diberi sentuhan halus Eropah dengan koktel yang mewah sekali gus memberi anda pengalaman menjamu selera yang sukar dilupakan!

Victoria Harbour – Yacht Party (Parti Kapal Layar)
Tempah perahu layar peribadi untuk anda dan orang yang anda sayangi dan nikmati pemandangan Victoria Harbour yang menakjubkan sambil anda menelusuri pesisirnya!

Ini beberapa pilihan hebat yang pastinya membuat anda garu kepala:

Episod Kedua

Lumba Drift @ Estet Perindustrian Tai Po
Pernahkah anda teringin untuk mengalami cetusan adrenal dengan memandu kereta drift dengan menyenget sekeliling gelanggang sambil  asap keluar berkepul-kepul dari tayar belakang? Kalau begitu, anda pasti perlu mencuba iini!

The Peak
Daki Victoria Peak dengan menaiki Peak Tram pada kecerunan 45 darjah dan nikmati pemandangan Victoria Harbour yang paling mempesona sewaktu anda mendaki tempat tertinggi di Pulau Hong Kong di Sky Terrace!

Tram Party @ Causeway Bay
Sedang tercari-cari cara unik untuk meraikan sesuatu? Tram party adalah penyelesaian paling sesuai untuk anda dan tetamu anda sambil anda berjalan-jalan di kawasan kewangan kontemporari dan hab membeli belah di Pulau  Hong Kong!

Bagi mereka yang tercari-cari peluang untuk menerokai sejarah Hong Kong anda boleh menaiki tram tanpa bumbung gaya 1920an dan menikmati pengalaman TramOramic Tour yang sebenar!

Episod Ketiga

Makanan Muslim
1 Lung Kong Road, Kowloon City

Cubalah kuisin Cina Muslim yang tersohor yang disediakan menggunakan kaedah Halanl di mana dagingnya disediakan bersesuaian untuk mereka yang beragama Islam, seperti Goulash Vil – poket daging bersup panas yang enak! 

Flyboarding @ Deep Water Bay
Deep Water Bay, Hong Kong

Bagi mereka yang mendambakan kembara lasak, nikmatilah sukan air  flyboarding untuk mengalami sensasi luar biasa sambil anda mencabar graviti seperti superman! 

Cabana
Lobby A Rooftop, The Pulse, Repulse Bay, Hong Kong
Bar teres atas bumbung gaya alfresko yang paling chic di Hong Kong  menjadi tempat paling sempurna untuk anda dan  BROs! anda menikmati bayu dingin dari laut, sambil menghayati sajian yang lazat serta koktel sambil berparti – pengalamannya pasti luar biasa menakjubkan! 

Bumperman
6/F, No. 138 Wai Yip Street, Kwun Tong, Kowloon, H.K.

Bagaimana dengan bermain bola sepak dalam cara yang paling menyeronokkan dan kreatif? Tiba masanya untuk mengenakan pakaian sukan dan saling melanggar & menghentam!