Hong Kong Asia's World City

Apa Anda Harus Beli

What to Buy

Klasik, moden, lazim dan pelik: pilihan barangan yang dijual setiap saat di Hong Kong begitu sinonim dengan bandar raya yang menjadi persimpangan perdagangan global selama lebih 150 tahun ini. Di sinilah tempatnya anda boleh mencari apa sahaja yang anda ingini — atau lupa diri anda seketika sambil anda menjamu mata dan mencari.

Chinese Snacks and Brews

Kudapan dan Bru Cina

Pastri cina seperti 'kek isteri' yang pelik namanya namun berlapis-lapis dan liat, boleh didapati sepanjang tahun. Bagi mereka yang lebih berani mencuba, makanan laut kering dan makanan tonik boleh didapati di Sheung Wan. Jika anda mengunjungi bandar ini sewaktu musim perayaan, cubalah kudapannya yang unik, sebahagian besarnya mempunyai nama yang penuh metafora.

Computers and Electronics

Komputer dan Barangan Elektronik

Hong Kong tiada cukai jualan dan duti import, bererti, tawaran istimewa menanti anda apabila anda membeli pelbagai barangan dari komputer meja hinggalah ke alat pemain muzik. Kedai-kedai di Mong Kok, Tsim Sha Tsui dan Causeway Bay menawarkan harga yang paling kompetitif bagi barangan elektronik dan peralatan komunikasi. Untuk perkakasan, perisian dan aksesori komputer, kunjungilah Pusat Komputer Wan Chai di Wan Chai, dan Arked Komputer Emas serta Pusat Komputer Emas di Sham Shui Po.

Fashion and Beauty

Fesyen dan Kecantikan

Dari pusat beli belah yang berlokasi di menara pencakar langit hinggalah ke gerai-gerai jalanan kecil, kepelbagaian yang dapat dinikmati dan dilihat sewaktu membeli-belah pakaian amat menakjubkan. Ukur badan anda untuk mengupah suit tweed padanan tiga pada harga mampu milik, redah dan punggah lebihan kilang di pasar tepi jalan yang bising, atau pilih sahaja sutera buatan Hong Kong yang unik dan halus serta hasil ciptaan pereka tempatan yang terkemuka di seluruh dunia. Pengalaman membeli belah barangan kosmetik dan penjagaan kulit juga amat pelbagai dan menepati hampir setiap bajet.

Jewellery and Watches

Barangan Kemas dan Jam

Hong Kong menempatkan lebih banyak kedai barangan kemas bagi setiap kilometer dari mana-mana bandar di dunia, tidak hairanlah bandar ini membekalkan begitu banyak batu permata dan logam , serta jam yang berharga. Permudahkan carian anda dengan menuju ke Tsim Sha Tsui, Mong Kok, Central, dan Causeway Bay. Pasar Jed di Yau Ma Tei turut menjanjikan masa yang menyeronokkan, tidak kira sama ada anda membeli atau tidak.

Toys

Permainan

Seperkara yang insan segenap usia amat gemari ialah permainan, dan meskipun banyak kilang pembuatan permainan telah berpindah dari Hong Kong ke Tanah Besar China pada tahun 1980an, penduduk setempat masih tegar mengumpul permainan kanak-kanak. Dari patung kecil edisi terhad buatan permata separa berharga hinggalah ke alat dan permainan terkini, Hong Kong menjadi tempat terhimpunnya pelbagai perhiasan dan barangan kecil dari seluruh dunia. Cubalah Tai Yuen Street di Wan Chai untuk setiap kanak-kanak, tidak kira besar mahupun kecil.

Traditional Wares and Wears

Barangan dan Pakaian Tradisional

Di samping galeri, kedai-kedai antik dan pasar-pasar jalanan di Cat Street dan Hollywood Road, manakala permata dalam bentuk seni dan kraf pula, boleh ditemui di seluruh bandar. Dari skrin hinggalah ke pakaian sutera tradisional, dari memorabilia hinggalah ke mohor, dari skrol kaligrafi hinggalah ke set pinggan mangkuk porselin, pasti ada temuan menarik yang bakal disingkap. Pastikan anda mengunjungi gedung serba-serbi, jalan Li Yuen Timur dan Barat. Jangan lupa juga untuk mengunjungi Pasar Stanley!

Carilah kedai
berakreditasi Skim QTS