Beli-belah

Komputer dan Elektronik

Komputer dan Elektronik

Di bandaraya di mana golongan muda menunjukkan kenyataan fesyen dengan telefon bimbit dan golongan tua bermain catur Cina di tablet, jumlah ruang runcit yang didedikasi untuk gajet dan elektronik mungkin hanya dapat ditandingi oleh kedai barangan kemas dan kedai serbaguna. Bagi pelawat, ketiadaan cukai jualan dan duti import bermakna segalanya daripada komputer meja hingga alat memain muzik menanti untuk dibeli. Seperti membeli-belah lain di Hong Kong, pengalaman ini boleh didapati di jalan-jalan sesak mahupun di kompleks-kompleks beli-belah yang besar. Tidak perlu dinyatakan lagi, bahawa barangan yang didatangkan dengan waranti daripada jenama pengeluar yang dikenali akan memastikan prestasi terbaik.

Peralatan bimbit dan teknologi komunikasi
Penduduk di Hong Kong sering memiliki lebih daripada satu telefon bimbit dan sering menukar model, yang menyebabkan penjual terpaksa bersaing hebat dari segi harga dan tawaran komprehensif. Produk adalah terkini dan sering mendahului trend dunia. Kedai-kedai di Mong Kok, Tsim Sha Tsui dan Causeway Bay menawarkan harga paling kompetitif bagi peralatan komunikasi. Pastikan anda sentiasa bertanya sistem rangkaian telekomunikasi yang sesuai dengan model yang dibeli, kerana rangkaian dan standard lain adalah berbeza di seluruh dunia.

Perkakasan dan perisian komputer
Hong Kong adalah tempat untuk memperoleh barangan digital segala yang terbaru dan terbaik berkaitan dunia digital – dari desktop, komputer riba, pencetak, pengimbas, mahu pun sekadar tetikus, kesemuanya boleh diperolehi di sini.  Gelagat pasaran dan pengetahuan tempatan – sama-sama mencabar – bermakna banyak pengeluar bersaing hebat untuk menawarkan aneka produk terbaik. Star House di Tsim Sha Tsui, Wan Chai Computer Centre di Wan Chai, Golden Computer Arcade dan Golden Computer Centre di Sham Shui Po adalah antara tiga lokasi utama yang menempatkan beberapa aras dan deretan kedai khusus yang menawar perkakasan, perisian dan aksesori komputer.

Barangan Elektronik Pengguna
Di Hong Kong, memastikan barangan elektronik anda adalah yang terkini amat dipentingkan. Anda boleh mencari apa sahaja, dan barangan yang anda tidak tahu bahawa anda perlukannya, juga ada di sini. Harga mungkin agak berbeza, jadi buatlah perbandingan. Causeway Bay, Tsim Sha Tsui, Mong Kok dan Sham Sui Po adalah tempat popular bagi barangan elektronik. Pastikan resit ada menyenaraikan semua aksesori yang diperlukan untuk memenuhi syarat waranti, dan pastikan produk anda sesuai dengan voltan dan keperluan penyiaran di negara anda sebelum membeli. Peralatan TV dan video boleh didapati dalam format PAL dan NTSC.

Kamera dan aksesori
Hong Kong turut terkenal sebagai tempat membeli-belah peralatan fotografi, dan ramai yang sedar akan banyaknya jumlah kedai kamera (dan iklan) di bandar ini. Golongan profesional akan pergi Stanley Street di Pulau Hong Kong dan Sai Yeung Choi Street di Kowloon untuk menggantikan lensa atau menaiktaraf badan kamera. Rantaian elektronik ini memberi khidmat kepada semua pelanggan, yang tidak berapa cerewet mahupun yang pakar. Fotografi adalah hobi popular di kalangan penduduk tempatan, dan banyak kedai kamera yang menjual pelbaga jenis peralatan optikal dan aksesori. Kedai peralatan audio dan video mempamerkan kebanyakan jenama utama dan membenarkan pelanggan membandingkan kualiti gambar dan bunyi.