Hong Kong Asia's World City

Ocean Park Hong Kong

Ocean Park Hong Kong Ocean Park Hong Kong Ocean Park Hong Kong

Dibuka pada tahun 1977, Ocean Park Hong Kong ialah taman tema marin yang menampilkan haiwan, tunggangan yang menguja serta pelbagai pertunjukan. Ia terletak di selatan Pulau Hong Kong, meliputi keluasan lebih 915,000 meter persegi. Dua tarikan utama, Waterfront dan Summit, dihubungkan dengan Kereta Kabel dan tren funikular Ocean Express.

Hotel Ocean Park Marriott
Dengan pembukaan Hotel Ocean Park Marriott Hong Kong, anda boleh menjadikan keseluruhan percutian anda suatu pengalaman Ocean Park. Lobinya bercirikan akuarium besar berbentuk silinder yang dipenuhi dengan ikan tropikal yang mengelilingi, sementara bilik-bilik tamu mempunyai tema tarikan-tarikan di taman itu, termasuk Dunia Laut, Hutan Hujan dan Haiwan Asia yang Mengagumkan. Turut tersedia untuk para tetamu hotel adalah dua pengalaman eksklusif - Kelab Teroka Kanak-Kanak dan Sarapan Pagi bersama Haiwan.

Tarikan utama di taman bertema ini termasuk:

Dan ini beberapa tarikan utama:

Adventures in Australia
Adventures in Australia membawa anda ke dalam pengembaraan bagi menemui haiwan Australia yang menarik di Hong Kong! Saksikan koala yang berbulu berehat di dahan serta walabi berleher merah bermunculan, dan tidak ketinggalan juga bunyi gemersik daripada hilai tawa kokabura. Mempelajari sejarah Australia yang kaya sambil menerokai bagaimana anda juga boleh mengamalkan Gaya Hidup Sihat dan Lestari (LOHAS).

Shark Mystique
Sebuah perjalanan ke pendalaman laut untuk menemui lebih daripada seratus jerung dan pari yang menghancurkan mitos mengenainya, termasuk ikan yu gergaji dengan rostrum berbentuk gergaji, dan ikan yu zebra dengan corak seperti harimau bintang! Terokai kecantikan hidupan laut ini secara 360 darjah dalam pameran yang menarik ini.

Polar Adventure - Terokai kutub Utara dan Selatan dalam sehari
Polar Adventure memberikan anda peluang meneroka kutub Utara dan Selatan dengan menaiki tunggangan bob sled, serta dapat melihat penguin jenis king secara dekat. Anda juga boleh saksikan walrus Pasifik yang mempunyai belalai panjang, anjing laut bintik, musang artik, burung hantu salji dan haiwan luar biasa. Apabila anda mahu berehat, Restoran Tuxedo menghidangkan juadah sambil anda menikmati pemandangan lebih 70 ekor penguin beraksi di atas ais.

Old Hong Kong - Rasai semula memori zaman dahulu!
Old Hong Kong membawakan anda budaya unik Hog Kong pada tahun-tahun 1950an, 1960an dan 1970an. Nikmati pemandangan dan bunyi-bunyian pada zaman dahulu di atas Heritage Tram. Anda akan terpegun dengan warna dan kesibukan hidup melalui jalan-jalan dan senario lama yang direka semula secara tepat. Alami nostalgia ini dan bawa pulang cenderahati antik untuk menjadikan memori ini terus hidup!

Thrill Mountain
Di zon ini, tetamu boleh berada di tebing tinggi dengan menaiki roller coaster tergantung Hair Raiser, ataupun bergayut secara terbalik dengan menaiki The Flash. Terbang tinggi dengan The Aviator untuk merasai sensasi penerbangan, dan kemudian pandu dan langgar benda di sekeliling anda dengan menaiki bumper car. Jangan lupa naiki Rev Rooster, sejenis tunggangan berkelajuan tinggi dan penuh tenaga.

Rainforest
Naiki rakit dan anda akan tenggelam dalam bunyi-bunyian hutan hujan tropika. Dalam pengembaraan ini, anda akan menemui pelbagai jenis haiwan menarik dari seluruh dunia. Saksikan telatah monyet terkecil di dunia, Pygmy Marmoset; juga haiwan kecil comel, serta Capybara iaitu tikus terbesar di dunia. Saksikan juga Kinkajou dan Green Aracari, burung toucan terkecil di dunia.

Aqua City
Di kawasan bertema marin yang bertaraf dunia ini, anda boleh menyaiksikan Symbio, iaitu pertunjukan pelbagai deria yang memaparkan skrin air 360 darjah yang pertama di dunia, memulakan perjalanan ke dalam Grand Aquarium, atau melihat kehidupan laut dari akuarium kubah terbesar di dunia atau melalui panel paparan gergasi lapan sebesar 13 meter. Pastikan anda singgah di Restoran Neptune untuk pengalaman makan di dalam akuarium pertama Hong Kong!

Amazing Asian Animals
Pameran Amazing Asian Animals membolehkan anda menyaksikan haiwan-haiwan yang jarang dilihat di Asia. Lakukan pengembaraan interaktif di Giant Panda Adventure di mana anda dapat mempelajari tentang haiwan asal paling bernilai di Asia termasuklah panda gergasi, panda merah, salamander gergasi Cina dan buaya Cina. Saksikan kecantikan ikan emas di pameran Goldfish Treasures, ataupun saksikan burung-burung berwarna-warni dan juga memerang kecil di Panda Village.

Tarikan popular lain termasuk Sea Jelly Spectacular, jatuhan turbo The Abyss, roller coaster Mine Train dan persembahan di Ocean Theatre.

Ketika musim perayaan, Ocean Park Hong Kong akan menganjurkan acara khas seperti Halloween Bash, parti Halloween terbesar Asia dan aktiviti permainan air, Summer Splash.

Ocean Park Hong Kong komited untuk mempromosi dan menyokong pemuliharaan haiwan di Hong Kong dan di seluruh Asia. Sebahagian daripada kutipan tiket masuk dan barangan jualan akan diberikan kepada Ocean Park Conservation Foundation, Hong Kong untuk menyokong projek-projek pemuliharaan hidupan liar.

Maklumat
Alamat:
Wong Chuk Hang, Hong Kong Island
Tel:
+852 3923 2323
Laman Web:
www.oceanpark.com.hk
Bagaimana ke sana

MTR Ocean Park Station Exit B.

Apa yang berhampiran

Pilih apa yang anda mahu lihat di peta:

  • Tarikan
  • Acara
  • Beli-belah
  • Makan
  • Hotel