Rancang Perjalanan Anda

Wang

Wang

Dolar Hong Kong
Matawang sah di Hong Kong adalah dolar Hong Kong (HKD), yang disandarkan kepada dolar Amerika pada kadar 7.80 HKD kepada 1 USD, walaupun kadar tukaran wang mungkin berubah-ubah sedikit. Syiling dikeluarkan oleh Kerajaan, yang menariknya, pengeluaran wang kertas adalah dikongsi oleh tiga bank perdagangan: HSBC, Standard Chartered dan Bank of China. Wang kertas ini berbeza dari segi corak dan warna mengikut denominasi. Ketahui lebih banyak tentang syiling dan wang kertas Hong Kong di sini.

Wang kertas
HK$10 - hijau atau ungu (wang kertas ungu dikeluarkan oleh Kerajaan)
HK$20 - biru tua atau biru muda (lama atau baru)
HK$50 - ungu atau hijau (lama atau baru)
HK$100 - merah
HK$500 - coklat
HK$1,000 - kuning
Syiling
10c - gangsa, bulat, kecil
20c - gangsa, bulat dengan lekukan di tepi, kecil
50c - gangsa, bulat, sederhana
HK$1 - perak, bulat, nipis, besar
HK$2 - perak, bulat dengan lekukan di tepi, tebal, besar
HK$5 - perak, bulat, tebal, besar
HK$10 - gangsa dan perak, bulat, sederhana

Menukar wang
Anda boleh menukar matawang anda ke dalam dolar Hong Kong di mana-mana pengurup wang bertauliah. Di Lapangan Terbang Hong Kong, kaunter tukaran wang dibuka dari awal pagi hingga lewat malam dan banyak terdapat di bandar, terus dibuka hingga lewat petang. ATM ada di mana-mana sahaja dan beroperasi 24 jam. Kadar tukaran wang berubah-ubah setiap hari bergantung kepada pasaran matawang.

Penukar matawang oleh Google: www.google.com/finance/converter

Cek Kembara dan kad kredit
Cek kembara diterima di kebanyakan bank utama dan hotel. Kad kredit antarbangsa seperti American Express, VISA, Diners Club dan MasterCard juga diterima di kebanyakan hotel, kedai dan restoran. Premis berkenaan biasanya mempamerkan pelekat yang menunjukkan kad kredit yang diterima, di pintu masuk.

ATM
ATM boleh ditemui di mana-mana sahaja. Kebanyakan kad antarabangsa dan sesetengah mesin HSBC 'Electronic Money' menyediakan kemudahan pengeluaran wang 24 jam (HK$) untuk pemegang Visa dan MasterCard.