Rancang Perjalanan Anda

Kesihatan dan Keselamatan

Kesihatan
Apabila tiba di Lapangan Antarabangsa Hong Kong, atau tempat kawalan sempadan, sensor automatik akan mengambil suhu badan anda. Jika dianggap tinggi, anda mungkin perlu diminta untuk diperiksa.

Sijil vaksinasi biasanya tidak diperlukan apabila mengembara ke Hong Kong, tetapi sila periksa dengan syarikat penerbangan tempatan kerana peraturan mungkin berubah.

Air paip Hong Kong adalah lembut dan mengikut panduan yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk kualiti air minuman. Air mineral, termasuk jenama import utama, boleh didapati di pasar raya dan kedai serbaguna.

Anda boleh dapatkan nasihat kesihatan di laman web Jabatan Kesihatan.

Hospital
Hong Kong mempunyai hospital bertaraf dunia yang menyediakan penjagaan terbaik. Pelawat yang memerlukan perkhidmatan kemalangan dan kecemasan di hospital awam di bandar ini, dikenakan bayaran HK$990 setiap pertemuan, tetapi akan dirawat biarpun mereka tidak dapat membayar dengan segera. Untuk maklumat segera, sila lawat laman web Hospital Authority. Bahasa Inggeris digunakan oleh kebanyakan profesional perubatan sektor awam dan swasta.

Larangan merokok
Merokok dilarang di semua tempat awam tertutp di Hong Kong, termasuk di restoran, bar, kompleks beli-belah dan pusat karaoke. Larangan merokok juga dilaksanakan di atas pengangkutan awam, di kawasan kemudahan pengangkutan awam, dan di kawasan tertutup dan terbuka di sesetengah premis, termasuklah di pantai-pantai awam dan kolam renang, tangga bergerak, dan dalam Wetland Park Hong Kong.

Sesiapa yang merokok atau membawa rokok yang menyala, curut, atau paip di kawasan larangan merokok boleh dikenakan denda tetap $1500. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut, dan muat turun salinan Panduan kawasan larangan merokok yang ditetapkan.

Keselamatan
Hong Kong boleh dikatakan selamat di waktu siang dan malam. Pegawai polis sering meronda di kebanyakan kawsan dan profesional serta sedia membantu.

Walaubagaimanapun, anda tidak boleh leka di mana-mana tempat pun di dunia ini. Fakta bahawa Hong Kong adalah begitu selamat menjadikannya sebab untuk anda menjaga keselamatan bagi tidak merosakkan perjalanan anda disebabkan kehilangan barangan.

  • Simpan wang, baramg berharga dan dokumen perjalanan di tempat selamat, seperti di peti simpanan di hotel anda.
  • Jaga barangan anda sewaktu membawanya, terutama apabila berada di tempat sesak.
  • Berhati-hati dengan orang yang membuat tawaran mencurigakan, dan cuba untuk melekakan anda untuk tujuan mencuri barangan anda.
  • Berhati-hati dengan orang yang menawarkan peluang berjudi atau melabur.

Bagi mendapatkan nasihat keselamatan apabila melawat Hong Kong, sila layari laman web Angkatan Police Hong Kong.

Sila ingat untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang di tempat awam termasuklah di tempat tarikan pelancong dan kompleks beli-belah.