Rancang Perjalanan Anda

Sejarah

Terletak di pesisiran tenggara China, lokasi strategik Hong Kong di Pearl River Delta dan Laut China Selatan telah menjadikannya bandar paling maju dan kosmopolitan di dunia.

Hong Kong seperti yang kita ketahui hari ini dilahirkan apabila kerajaan dinasti Qing China dikalahkan dalam Perang Candu Pertama pada 1842, apabila ia menggadaikan Pulau Hong Kong kepada Britain. Dalam masa 60 tahun, Kowloon, New Territories dan 235 pulau berdekatan juga digadaikan kepada Britain. Walaubagaimanapun, sejarah kawasan Hong Kong yang lebih daripada 1100 kilometer persegi itu bermula lebih seribu tahun lebih awal daripada kejadian yang berlaku pada dinasti Qing itu. Apabila anda meneroka warisan bandaraya ini, anda akan menemui kisah-kisah mengenai suku kaum yang berkuasa, keganasan lanun dan juga pedagang Eropah.

Daripada hari-hari terawal koloni British, Hong Kong telah menjadi pusat dagangan antarabangsa. Dalam tahun-tahun bergelora pada awal kurun ke-20, populasi bandaraya ini telah ditambah dengan golongan pelarian yang kebanyakannya dari China. Ketibaan golongan pendatang ini dalam jumlah  yang besar telah memulakan peranan baru Hong Kong sebagai hab pembuatan utama. Ia juga meningkatkan ekonomi dan industri yang menjadi tonggak utama kepada bandaraya itu. Dalam dekad-dekad akhir ini, setelah ekonomi Tanah Besar China semakin terbuka, Hong Kong telah menempuhi transformasi sekali lagi - kali ini menjadi ekonomi berasaskan perkhidmatan serta sebagai laluan masuk penting kepada pasaran terbesar dunia.

Di bawah prinsip "1 Negera, Dua Sistem", Hong Kong menjadi sebuah 'Special Administrative Region of the People's Republic of China' pada 1 Julai 1997. Perjanjian ini membolehkan bandaraya ini terus menikmati tahap autonomi yang tinggi, termasuk dalam mengekalkan sistem kapitalis, perundangan bebas dan peraturan undang-undang, perdagangan bebas dan kebebasan bersuara.

Mengimbas sejarah bandaraya ini boleh memberikan pandangan kukuh bahawa perubahan sentiasa berlaku di sini. Walaubagaimanapun, dengan segala perubahan ini, jiwa Hong Kong tidak pernah berubah. Malah, tenaga dan kedinamikan yang sama yang menjadikan kumpulan kampung-kampung nelayan ini sebagai sebuah persimpangan perdagangan antarabangsa, kini membawakan bandar dunia Asia ini memasuki kurun ke-21. Alami jiwa dan kisah Hong Kong ini sendiri dengan menerokai budaya dan warisan bandaraya ini.

Kronologi
700 BC Komuniti nelayan asli membangunkan komuniti terapung.
50 BC
China menyerah keseluruhan rantau itu.
AD 960 –  1500s Suku-suku mula memasuki kawasan itu dan membina kampung bertembok sebagai perlindungan daripada penjahat dan lanun.
1514 Pedagang Portugis membina pangkalan di Tuen Mun.
Early 1800s Pedagang British menukar candu dengan sutera Cina, barangan perak, rempah-ratus dan teh.
1840 – 42 Perang Candu berlaku menyebabkan China menyerahkan Pulau Hong Kong untuk tempoh yang lama kepada Britain; koloni British Hong Kong ditubuhkan
1860 Kowloon Peninsula dan Pulau Stonecutters diserahkan kepada Britain.
1898 New Territories digadaikan kepada Britain selama 99 tahun, koloni ini menjadi pelabuhan perdagangan yang penting
1910 Kowloon-Canton Railway ke sempadan China disiapkan
1911 –1949 Pelarian yang melarikan daripada pergolakan politik dan peperangan di Tanah Besar China meningkatkan populasi Hong Kong.
1941 – 45 Penaklukan Jepun pada Perang Dunia Kedua
1950 – 1970 Pendatang dari China meningkatkan industri tekstil dan pembuatan ringan; barangan "Made in Hong Kong" dieksport ke seluruh dunia
1980s Hong Kong menjadi pusat kewangan antarabangsa dan termasuk dalam senarai 10 ekonomi terbaik dunia.
1984 China dan Britain menandatangani Sino-British Joint Declaration mengenai masa depan Hong Kong.
1997 (July 1) Hong Kong menjadi Special Administrative Region of the People's Republic of China
1998 Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dibuka di Chek Lap Kok dan dinamakan satu daripada Top Ten Construction Achievements in the 20th Century oleh Construction Industry Manufacturers Association (CIMA) tahun berikutnya.
2008 Hong Kong menjadi hos bersama acara ekuestrian pada Kejohanan Olimpik dan Paralimpik 2008.
2011 Empat perayaan Hong Kong, termasuk Pesta Cheng Chau Bun, Tai O Deities Parade, Tarian Naga Api Tai Hang, Pesta Hantu Yu Lan bagi Komuniti Chiu Chow Hong Kong juga termasuk dalam senarai ketiga 'National list of intangible culture' di bawah konvensyen UNESCO.