Rancang Perjalanan Anda

Iklim

Ramalan Cuaca 7-hari

 

Musim
Hong Kong mempunyai iklim sub-tropika dengan pelbagai musim. Satu-satunya keadaan cuaca yang boleh diramal yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada rancangan perjalanan anda adalah taufan.

Musim taufan bermula pada Mei dan berakhir pada November. Apabila taufan menghampiri, amaran disiarkan di televisyen dan radio. Pelbagai tahap tanda amaran dikeluarkan oleh Hong Kong Observatory, tetapi apabila amaran nombor 8 dikeluarkan, kebanyakan perniagaan dan kedai akan ditutup dan penerbangan akan dibatalkan. Terdapat sistem amaran berasingan bagi hujan lebat.

Anda boleh mendapat maklumat terperinci mengenai cuaca semasa dan bermusim di laman web Hong Kong Observatory. Apabila anda di Hong Kong, anda juga boleh mendail 1878 200 dan tekan '3' untuk bahasa Inggeris bagi mendapatkan maklumat keadaan terkini

Apa yang akan berlaku pada musim-musim di Hong Kong

Spring   Musim Bunga (Mac ke Mei)
Suhu dan kelembapan meningkat. Waktu malam mungkin sejuk.
Suhu purata: 17⁰C - 26⁰C
Summer   Musim Panas (Jun ke Ogos)
Panas, lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31⁰C tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menjadikannya lebih panas.
Suhu Purata: 26⁰C - 31⁰C
Autumn   Musim Luruh (September ke November)
Terdapat tiupan angin yang menyegarkan, sinaran matahari yang banyak dan suhu yang selesa. Ramai yang menganggap inilah bulan-bulan terbaik untuk melawat Hong Kong.
Suhu purata: 19⁰C - 28⁰C
Winter   Musim Sejuk (Disember ke Februari)
Sejuk, kering dan berawan, dengan kesejukan sekali-sekali. Suhu boleh turun hingga bawah 10⁰C di kawasan bandar.
Suhu Purata: 12⁰C - 20⁰C