Makan & Minum

Makanan Laut

Makanan Laut

Digoreng, kukus gril, hiris, dadu dan sumbat. Makanan laut Hong Kong adalah segar hinggakan anda dapat melihatnya berenang sebelum ia dihidang di meja. Bandar dunia Asia menawarkan makanan laut dalam pelbagai jenis masakan, dari gabungan kosmopolitan hinggalah ke hidangan dalam 'sampan'.

Bagi pengalaman sebenar, pergilah ke kawasan makanan laut. Anda akan temui pelbagai restoran di mana anda boleh pilih makanan di dalam akuarium dan makan di tempat terbuka sambil menikmati pemandangan laut Hong Kong di waktu malam.

Apa nak dipesan?

Harga makanan laut adalah mengikut berat dan berbeza mengikut musim. Setiap restoran menggunakan sistem berbeza untuk menimbang makanan, oleh itu pastikan harga makanan sebelum memesan. Bagi pembelian ikan di luar restoran, seperti di Lei Yue Mun, caj memasak dikenakan.

Steamed fish (Ikan kukus)

Ikan kukus adalah makanan utama dalam menu makanan laut Hong Kong. Harga bergantung kepada jenis ikan, tetapi cara masakan yang ringkas membolehkan pengunjung menikmati rasa segar ikan. Perasa yang biasa digunakan adalah halia, cendawan, kulit buah kering dan bawang merah.

Steamed fish (Ikan kukus)

Stir-fried fish (Ikan goreng)

Hidangan cara tempatan yang digemari

 

Stir-fried fish (Ikan goreng)

Stir-fried crab (Ketam goreng)

Ini hidangan gaya sampan klasik. Unik di Hong Kong, gaya sampan bermaksud juadah yang dihidang di atas sampan. Ia dimasak dengan perasa seperti halia, bawang putih dan cili.

Stir-fried crab (Ketam goreng)

Baked Crab

Makanan laut bakar menggunakan kaedah tradisional Cina, dan juga yang dimasak dengan pengaruh Barat, perlu dicuba.

Baked Crab

Baked Lobster (Udang Galah Bakar)

Ada yang gemarkan masakan yang dibakar!

Baked Lobster (Udang Galah Bakar)

Drunken shrimp (Udang Mabuk)

Udang dicampur alkohol seperti baijiu

Drunken shrimp (Udang Mabuk)

Deep Fried Shrimp (Udang Goreng)

Terdapat beberapa kaedah memasak udang di Hong Kong, tetapi digoreng adalah paling digemari. Banyak restoran yang membalut udang dengan bahan lain seperti mee, sebelum menggoreng.

Deep Fried Shrimp (Udang Goreng)
Tahukah anda?

Bagaimana nak tahu ikan kukus itu adalah segar? Veteran industri makanan dan pengkritik makanan Rudolph Yeung berkata kesegaran boleh dilihat - jika ekor adalah lurus dan siripnya tegak ke atas, ikan itu adalah segar.