Makan & Minum

Barbeku Cina

Barbeku Cina

Anda mungkin bayang stik dan salad jika disebut barbeku, tetapi di Hong Kong, Barbeku Cina lebih digemari. Dikenali sebagai siu mei, restoran menghidangkan daging barbeku ini, serta ayam kukus, yang merupakan sebahagian daripada hidangan panggang tradisional Cina.

Anda pasti melihat juadah ini di Hong Kong kerana setelah diperap dengan pelbagai perisa, daging dipanggang di atas api terbuka ataupun oven, dan kemudian digantung di dalam restoran dan boleh dilihat dari jalan. Ia dapat dilihat di rantaian makanan segera, restoran mahal dan pasar raya. Inilah pemandangan biasa di kalangan komuniti Cina.

Restoran barbeku Cina biasanya mempunyai menu fleksibel yang membolehkan anda menggandingkan daging panggang dengan nasi ataupun mee. Hidangan kombo membolehkan sesiapa yang berseorangan untuk menikmati beberapa jenis daging dalam satu hidangan.

Apa nak dipesan?

Rasai barbeku Cina dengan beberapa cadangan ini.

Barbecued pork

Dikenali sebagai char siu yang bermakna khinzir bakar. Ia merujuk kepada khinzir yang dibakar dengan perasa seperti madu, rempah, tofu peram dan wain beras, serta ditambah gula untuk kelihatan berkilat.

Kylie Kwong, chef, hos program memasak Discovery Channel dan penulis buku memasak mencadangkan Honey Glazed BBQ Pork di Restoran West Villa:

Barbecued pork
West Villa Restaurant
Alamat: Shop 101-102, 1/F, Lee Gardens Two, 28 Yun Ping Road, Causeway Bay, Hong Kong Island
Tel: +852 2882 2110
Harga: Honey Glazed BBQ Pork (Biasa) HK$138
 Bagaimana ke sana: MTR Stesen Causeway Bay Exit F dan berjalan ke Yun Ping Road selama tiga minit

Barbecued goose

Angsa yang diperap, dipanggang dalam oven arang, sehingga dagingnya lembut dan kulitnya rangup, kemudian dihiris dan dihidang dengan sos plam. 'Airplane Roast Goose' adalah cendera hati popular sejak akhir-akhir ini. Angsa panggang ini disediakan dalam bungkusan mudah bawa.

Pengkritik makanan Chua Lam mencadangkan Golden Roasted Goose di Restoran Yung Kee:

Barbecued goose
Yung Kee Restaurant
Alamat: 32-40 Wellington Street, Central, Hong Kong Island
Tel: +852 2522 1624
Harga: Golden Roasted Goose $220/separuh; HK$440/seekor
 Bagaimana ke sana: MTR Stesen Central, Exit D2

Roast pork

Terdapat dua jenis khinzir panggang. Siu yuk berasal daripada sambutan di kampung, apabila seekor khinzir seberat 10 ke 20 kg dimasak dalam oven arang sehingga kulitnya rangup tetapi dagingnya lembut.

Jenis kedua adalah anak khinzir panggang. Khinzir berusia dua hingga enam bulan dipanggang pada suhu tinggi hingga dagingnya lembut dan kulitnya rangup. Ia hidangan utama dalam bankuet. Ia juga boleh dipesan di restoran.

Leung Ka Kuen, penulis ruangan makanan dan penulis buku, mencadangkan Crispy Roasted Pork Combo with Rice di Café de Coral:

Roast pork
Café de Coral
Alamat: Shop A, G/F, Admiralty Centre, 18 Harcourt Road, Admiralty, Hong Kong Island
Tel: +852 2866 2750
Harga: HK$31 (makan tengah hari), HK$36 (makan malam, dihidang dengan teh susu)
 Bagaimana ke sana: MTR Stesen Admiralty Exit A
Tahukah anda?
Gabungkan khinzir panggang dengan wain

Khinzir panggang Cina digabungkan dengan baik bersama wain merah dan putih. Wain merah yang baik untuk hidangan ini termasuk AOC Bordeaux, a Bourgone atau Cotes du Rhone. Untuk wain putih, cuba Chardonnay atau Sauvignon Blanc.


Chinese roast pork pairs well with both red and white wines