Ramalan Cuaca Hong Kong 
Anda boleh semak ramalan cuaca terkini di Hong Kong di laman web Hong Kong Observatory. Jikalau anda berada di Hong Kong dan ingin mengetahui laporan cuaca terkini, sila dial 1878-200 dan tekan 3 untuk English.
Anda juga boleh mendapat laporan keadaan cuaca di Negara China.
Ramalan cuaca bagi:
Bandaraya di China
Bandaraya utama dunia
Musim-musim di Hong Kong 
Hong Kong mempunyai iklim sub-tropika dengan bermusim. Musim ribut taufan ialah pada bulan Mei hingga November, amaran mengenainya disiarkan di radio dan TV dan amarannya termasuk keseriusannya, kedudukan terkini dan jangkaan pergerakan pusat angin taufan tropika, maklumat mengenai kekuatan tiupan angin, hujan dan paras laut di wilayah berkenaan. Apabila amaran taifun mencapai paras 8, semua kedai dan perniagaan ditutup dan penerbangan dibatalkan. Amaran berasingan dikeluar bagi hujan lebat.
Semak:
Purata suhu bulanan

Purata bulanan curahan hujan

Musim Bunga
Mac - pertengahan Mei

Suhu dan kelembapan meningkat. Petang boleh jadi sejuk

Musim Panas
Lewat Mei - pertengahan September Panas, lembab dan ceah, dengan hujan sekali-sekala serta petir

Musim Luruh
Lewat September - awal Disember Angin nyaman, cuaca cerah dan suhu yang enak. Ramai menganggapnya sebagai bulan-bulan terbaik bagi setiap tahun

Musim Sejuk
Pertengahan Disember - Februari

Dingin, kering dan berawan, kadangkala angin sejuk. Cuaca boleh jatuh di bawah 10ºC di kawasan bandar


Penanda pautan internet