Hong Kong's currency
Hong Kong's currency
Matawang
Matawang yang sah ialah dollar Hong Kong (HK$), dengan kadar tukaran 7.80 HKD bagi 1$USD, walaupun kadarnya mungkin turun naik sedikit. Unik bagi Hong Kong, wang kertas tersebut dikeluarkan oleh tiga bank (HSBC, Standard Chartered Bank dan Bank China), dan berbeza di segi rekabentuk dan warna bagi setiap nilainya

Billetes:
Wang kertas
  • $10 – hijau dan ungu (wang kertas warna ungu dikeluarkan oleh kerajaan
  • $20 – Biro gelap; atau biru muda (lama atau baru)
  • $50 - ungu atau hijau (lama atau baru)
  • $100 - merah
  • $500 - perang
  • $1000 – kuning
Wang syiling (dikeluarkan oleh kerajaan)
  • $10 - gangsa/perak, bulat
  • $5 - perak, bulat, tebal
  • $2 - perak, bergelombang, bulat
  • $1 - perak, bulat, nipis
  • 50c - gangsa, bulat, besar
  • 20c - gangsa, gelombang-bulat
  • 10c - gangsa, bulan, kecil
Octopus card
Octopus card
Kad Octopus
Kad Octopus adalah kad penyimpan nilai elektronik yang digunakan secara meluas di Hong Kong untuk pengangkutan awam, meter letak kereta dan kawasan letak kereta serta membelibelah di kedai serbaneka, kedai makanan segera, pasaraya, kedai kek, mesin minuman dan di sekolah, dsb. Anda hanya perlu letak kad Octopus di tempat bacaan meter, dan jumlah yang betul akan dipotong secara automatik daripada nilai kad tersebut. Dengan

Kad Octopus, anda tidak perlu lagi menggunakan wang syilling.
Tukaran wang
Anda boleh menukar matawang anda dengan dollar Hong Kong di bank penukaran mata wang asing, hotel dan pengurup wang yang diiktiraf. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, kaunter pengurup wang biasanya dibuka ketika waktu pejabat. Kadar pertukaran matawang turun naik setiap hari bergantung kepada pasaran matawang.

Cari pengurup wang yang diktiraf QTS
ATM in Hong Kong
ATM in Hong Kong
ATM
Mesin wang automatik (ATM) terdapat di hampir semua tempat dan sebahagian 'Wang Elektronik HSBC" menyediakan kemudahan pengeluaran wang 24 jam untuk pemegang kad Visa dan MasterCard. Pemegang kad American Express mempunyai akses kepada ATM Jetco dan boleh mengeluarkan wang dalam matawang tempatan dan cek perjalanan di ATM Ekspres Tunai di bandar.
"Cek perjalanan diterima oleh
"Cek perjalanan diterima oleh bank dan hotel utama."

Kad kredit antarabangsa seperti American Express, VISA, Diners Club dan MasterCard juga diterima di hotel, kedai runcit dan restoran. Premis seumpama itu biasanya mempamerkan pelekat senarai nama kad kredit yang diterima, di pintu masuk.


Penanda pautan internet