Hong Kong, a cosmopolitan city
Hong Kong, a cosmopolitan city
Bandaraya Hong Kong yang sibuk dan pesat membangun, hanya merupakan sebuah perkampungan nelayan ketika ia dijajah British pada 1984 ekoran Perang Candu Pertama dengan China. Kegagalan Kerajaan Dinasti Ching untuk menghentikan perdagangan candu, menyebabkan Hong Kong diserahkan kepada British di bawah Perjanjian Nanking pada tahun berkenaan. Semenanjung Kowloon diserahkan pada 1860 dan perjanjian pajakannya selama 99 tahun bagi Wilayah Baru, yang merangkumi kawasan utara Kowloon hingga ke Sungai Shenzhen, berserta 235 kepulauan, telah dipersetujui pada 1898.
Di bawah prinsip unik "Satu Negara, Dua Sistem". Hong Kong dikembalikan kepada China pada 1 Julai 1997 sebagai Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Persetujuan ini membolehkan Hong Kong menikmati kuasa autonomi, mengekalkan sistem kapitalisnya, badan kehakiman bebas dan pemerintahan undang-undang, perdagangan bebas dan kebebasan bersuara.
Pelabuhan Hong Kong yang mengagumkan menjadi kunci utama kepada pembangunannya sebagai sebuah pelabuhan perdagangan dan entrepot bagi China, yang pesat membangun melalui satu era industri untuk muncul sebagai pusat perkhidmatan dan kewangan terulung di Asia. Keunikan adunan pengaruh timur dan barat itu, dipadani dengan bermacam daya tarikan dan kawasan desanya yang mengagumkan, turut menjadikan Hong Kong sebuah pusat tumpuan utama pelancong.


Penanda pautan internet