![]() |
|
|||||
Kesihatan
Sewaktu tiba atau berlepas dari Hong Kong, alat pengesan automatik akan mengesan suhu badan anda, dan jika didapati tinggi, anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ringkas.
Sijil cacar biasa tidak diperlukan. Periksa dengan syarikat penerbangan anda kerana syaratnya mungkin berubah.
Kualiti air paip mematuhi garis panduan kualiti air minuman yang diperakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Bagaimanapun, kebanyakan orang lebih suka minum air botol. Air mineral termasuk jenama import utama, mudah didapati di kedai dan kedai serbaneka.
Untuk panduan kesihatan selanjutnya, layari lamanweb Department of Health

Hospital
Sebagai sebuah bandaraya antarabangsa, Hong Kong mempunyai hospital kelas dunia yang menyediakan rawatan terbaik. Pelawat yang menggunakan perkhidmatan Kecemasan dan Kemalangan di hospital awam Hong Kong dikenakan bayaran sebanyak HK$570, tetapi tetap diberi rawatan walaupun mereka tidak dapat menjelaskan serta-merta bayaran tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb Hospital Authority's.
Pautan berkaitan:
List of public hospitals in Hong Kong.
Pautan berkaitan:
List of public hospitals in Hong Kong.
Larangan merokok
Merokok dilarang di semua tempat awam, termasuk restoran, karaoke, pusat membelibelah dan sesetengah bar, serta beberapa kawasan terbuka (pantai dan kolam mandi awam, tempat pertukaran pengangkutan dan eskalator luar, dsb).
Pautan berkaitan:
Senarai lokasi larangan merokok
Senarai lokasi boleh merokok *
* Lokasi-lokasi ini telah dibenarkan menangguhkan tarikh klasifikasi mereka sebagai tempat larangan merokok sehingga 30 Jun 2009. Kanak-kanak di bawah 18 tahun dilarang berada di lokasi berkenaan.

Kebersihan kesihatan
Kebersihan: Hong Kong mempunyai undang-undang ketat untuk mengekalkan kebersihan persekitarannya, termasuk mengenakan denda tetap sebanyak HK1,500 jika meludah atau membuang sampah merata tempat. Bantulah memastikan Hong Kong bersih dan indah!
Hong Kong Police
Keselamatan
Hong Kong merupakan bandaraya paling selamat siang dan malam. Anggota polisnya mesra dan sentiasa menjalankan rondaan. Bagi memastikan anda selesa dan tidak menghadapi sebarang kesulitan, sila beri beri perhatian kepada perkara-perkara berikut:
Nombor Telefon Penting
- Simpan wang, barangan berharga dan dokumen perjalanan anda di tempat yang selamat seperti bilik keselamatan hotel;
- Jaga barangan anda terutama bila anda berada di tempat yang sesak;
- Berwaspada terhadap mereka yang membuat tawaran yang mencurigakan dan mereka yang mungkin cuba mengalih perhatian anda dan mencuri barangan anda; dan
- Berwaspada terhadap mereka yang menawarkan peluang pelaburan atau perjudian
Nombor Telefon Penting