![]() |
|
|||||
Talian Kecemasan
Ketika kecemasan, anda boleh hubungi polis tempatan, perkhidmatan ambulans, jabatan bomba dan perkhidmatan kecemasan yang lain dengan memanggil 999.
Hilang Pasport
Jika anda hilang pasport, buat laporan 'kehilangan pasport' di balai polis berhampiran (telefon 25277177 untuk lokasi). Kemudian hubungi pejabat konsul Konsul dan Kedutaan asing untuk mendapat pasport ganti.
Hilang atau kecurian dompet
Jika dompet anda atau barangan berharga anda hilang atau kecurian, segera maklumkan kepada pihak hotel dan laporkan kepada polis. Simpan rekod berasingan bagi nombor kad kredit anda dan laporkan kehilangannya kepada syarikat yang mengeluarkannya secepat mungkin. Kebanyakan syarikat berkenaan menyediakan talian bebas tol dan perkhidmatan 24 jam untuk urusan kecemasan seumpama itu

