![]() |
|
|||||
Public telephones
Telefon
Telekomunikasi di Hong Kong adalah cekap dan sofistikated. Panggilan bagi talian tempatan adalah percuma dan caj HK$1 dikenakan bagi tempoh panggilan lima minit di telefon awam. Pihak hotel biasanya mengenakan caj. Panggilan Terus Antarabangsa (IDD) ke kebanyakan wilayah dan negara di seluruh dunia boleh dibuat dari hotel-hotel di Hong Kong.
Hong Kong has a good mobile network
Telefon bimbit
Anda tidak akan menghadapi sebarang masalah menggunakan telefon bimbit anda di Hong Kong kerana sebahagian besar sistem tanpa wayar yang digunakan di seluruh dunia – seperti GSM 900, PCS 1800, CDMA and WCDMA –beroperasi di Hong Kong.
Operator telefon bergerak di Hong Kong juga mempunyai perjanjian pantauan (roaming) dengan sebahagian besar operator di seberang laut, membolehkan pelawat menggunakan telefon bimbit mereka sendiri ketika berada di Hong Kong. Sebelum bertolak, pastikan anda menyemak dengan penyedia rangkaian bagi memastikan mereka mempunyai perkhidmatan pantauan (roaming) di semua destinasi yang akan dilawati, serta semak juga kadar bayarannya.
Anda juga boleh menyewa kad SIM tempatan atau telefon bimbit siap-pakai apabila tiba di Hong Kong, di lapangan terbang atau di bandar
Untuk akses serta-merta ke maklumat audio pelancongan, cuba perkhidmatan Mobile Host kami .

Internet access
Sambungan Internet
Perkhidmatan Wi-Fi
percuma di lapangan terbang
Bagi kemudahan pelawat, perkhidmatan Wi-Fi percuma disediakan di Terminal Penumpang di Hong Kong International Airport, termasuk di dewan ketibaan dan kawasan berlepas pra dan paska pemeriksaan keselamatan.
Terminal komputer percuma di bandar
Bagi akses mudah internet, anda boleh menggunakan komputer secara percuma yang disediakan di kafe. Ia juga disediakan di sesetengah tempat awam seperti di stesen Wan Chai dan Central MTR , dan perpustakaan awam yang terletak di Causeway Bay di sebelah Taman Victoria, menyediakan ratusan komputer dan akses broadband percuma jika anda membawa laptop.
Akses Broadband percuma
Kebanyakan hotel-hotel utama menyediakan akses internet percuma kepada pelanggan mereka. Anda boleh semak dengan pihak pengurusan hotel untuk maklumat lanjut serta caj yang dikenakan.

Post box in Hong Kong
Perkhidmatan Pos
"Perkhidmatan Pos di Hong Kong adalah cekap dan boleh diharapkan. Pejabat-pejabat pos terletak di sekitar bandaraya. Anda boleh kadar bayaran pos di sini.