Masa pejabat biasa di Hong Kong ialah 9 pagi -5 petang pada hari bekerja, dan 9 pagi -1 tengahari pada hari Sabtu. Bank-bank utama dibuka pada jam 9 pagi - 4:30 petang pada hari bekerja, dan 9 pagi -12:30 tengahari pada hari Sabtu. Ditutup pada hari Ahad dan cuti am. Pada 2006, Kerajaan HKSAR memulakan hari bekerja lima hari seminggu untuk kakitangan awam Hong Kong. Operasi biasa dikekalkan melalui lanjutan masa pada minggu bekerja tertentu bagi perkhidmatan kaunter dan penggunaan cara alternatif dalam urusan kerajaan. Perkhidmatan Penting dan Kecemasan tidak terjejas.

Sebahagian besar restoran dibuka hingga jam 11 malam atau selepas itu, manakala bar dan kelab-kelab di kawasan seperti Lan Kwai Fong, Wan Chai dan Tsim Sha Tsui dibuka sepanjang malam.

Sebahagian besar restoran dibuka hingga jam 11 malam atau selepas itu, manakala bar dan kelab-kelab di kawasan seperti Lan Kwai Fong, Wan Chai dan Tsim Sha Tsui dibuka sepanjang malam.


Penanda pautan internet