![]() |
|
|||||
Sama ada anda mahu mencari fesyen barat, barangan elektronik dan optik yang terbaru atau anda mahu mencari cenderamata barangan China yang terbaik untuk membawa pulang, ia bukan satu masalah kerana anda pasti memperolehinya di Hong Kong.
Fesyen & Kecantikan Hong Kong mempunyai reputasi sebagai syurga membeli-belah. Penggemar produk fesyen dan kecantikan boleh membeli pelbagai jenis pakaian, kain jenama pereka, barangan kosmetik, mekap dan produk penjagaan kulit di sini.
Barang kemas & Jam Membeli-belah barang kemas dan jam memang mudah di Hong Kong, sama ada anda mahu membeli berlian, mutiara, jed atau barang emas. Kedai-kedai terkemuka mudah dicari.
Barangan elektronik pengguna & Komputer Hong Kong merupakan syurga bagi barangan elektronik pengguna bagi telefon bimbit, pemain DVD, peralatan audio dan video, komputer, iPod, PDA, kamera digital, pemain MP3 yang dibeli pada harga bebas cukai. Persaingan sengit antara penjual membuat harganya semakin rendah.
Tradisi China Tamadun dahulukala China telah mewujudkan banyak tradisi dan perayaan, kesenian serta kerja tangan untuk mengingatinya. Carilah barangan tradisional China, pakaian, makanan tonik, makanan laut kering, barang kemas, kerja tangan dan pinggan mangkuk
Perabot dan Barang rumah Perabot China termasyhur di seluruh dunia kerana kecantikan serta kebijaksanaan buatannya. Pembeli yang bercitarasa moden juga boleh mendapatkan jenama antarabangsa.
Muzik Sama ada anda mencari muzik klasik, rock, pop, opera, operasi tradisional China serta muzk rakyat, dapatkannya di Hong Kong.
Barangan Optik Pelawat ke Hong Kong boleh menjalani pemeriksaan mata dan memperolehi bingkai fesyen terkini pada harga lebih murah berbanding di negara mereka sendiri. Pakar mata professional HongKong oleh menyiapkan kacamata anda dalam satu malam sahaja.

Produk Hong Kong "Mesti Beli"
Hong Kong, adalah sebuah bandaraya yang menemukan Timur dan Barat! Penduduk dan pelawat semuanya sepakat memilih enam produk di Hong Kong yang “Mesti Beli”.
Kraftangan artifak, barang kesenian, tekstil, barang kraf dan cenderamata yang lain memukau para pelawat untuk membelinya pulang, bukan sahaja sebagai cenderamata untuk orang lain tetapi juga sebagai kenang-kenangan mereka. Jed, gading dan barangan tradisional China yang lain, mengingatkan pelawat mengenai kunjungan mereka itu.
Pakaian China Pakaian China sentiasa mempunyai kelainan dari segi gaya dan fesyennya dengan pakaian cheongsam yang seksi, jaket dan pakaian atas gaya mandarin, jubah sutera yang dihias indah dan pakaian lain yang halus buatannya.
Teh China Teh hitam China serta teh herba dikaitkan secara tradisinya dengan China dan Hong Kong serta teh pu-erh, teh oolong dan teh Telaga Naga, adalah antara jenis teh yang termasyhur sebagai minuman kesihatan.
Barang emas Anda akan pasti ‘hilang pertimbangan’ sebaik sahaja mata anda terpandang barang emas bercorak tradisi dan moden serta aksesori dan barang perhiasan yang dijual pada harga bebas cukai yang tidak dapat ditandingi di mana-mana pun.
Perlbagai jenis kek China Kek berhiasan China yang berinti tembikai, kacang merah, kacang hitam atau berperekat biji bunga teratai memang popular. Kek China selalunya diisi ke dalam tin yang dihias indah supaya mudah dipakej dan dibawa pulang.
Pinggan mangkuk Pinggan mangkuk China adalah yang termasyhur di seluruh dunia kerana kecantikan dan ketahanannya. Produk porselin dan tembikar diimport dari Tanah Besar dan dipasarkan oleh puluhan kedai dan pasaraya di Hong Kong.
Tip
Sila klik di sini untuk muat-turun Macromedia Flash Player untuk menonton pertunjukan slaid.

- Jangan lupa untuk menyemak dengan pejabat konsul anda mengenai peraturan terkini kastam di negara anda dan pastikan ada perlindungan insurans untuk barangan yang dihantar pulang.