Barangan kemas dan Jam Tangan

Teg berkaitan
Fesyen Dan KecantikanKedai TrendyGebung Membelibelah Dan Pasaraya
Diamond
Diamond
Barang kemas dan jam tangan
Emas, berlian, mutiara, batu permata dan barangan jed yang popular, dipamerkan di kedai barang kemas di Hong Kong pada kadar harga yang munasabah. Barang emas adalah satu produk "yang mesti beli" di Hong Kong.

Jed China bernilai kerana kecantikan dan tuah yang dipercaya yang ada bersamanya. Batu berkualiti tinggi dinilai berdasarkan konsistensinya pada warna, ketelusan dan rasa sejuknya apabila disentuh. Mutiara pula dinilai dari segi keliauan cahayanya, saiz dan seri pantulan cahayanya. Mutiara dinilai dari kekilauannya, saiz dan seri cahaya pantulannya. Berlian dan batu permata dalam pelbagai warna juga dijual pada harga yang munasabah dengan hiasan emas dan perak.

Terdapat banyak jam tangan yang mahal ditawarkan, tetapi jika anda mahukan sesuatu yang bergaya dan mudah, terdapat banyak model-model istimewa yang turut ditawarkan.
Jade
Jade
Barangan Kemas dan Jed
Dengan terdapatnya begitu banyak kedai barangan kemas di negara ini, masalah utamanya ialah untuk memilih di mana untuk mula membeli-belah. Di sebelah Kowloon, anda tidak akan terlepas ratusan kedai barangan kemas di di Nathan Road, Tsim Sha Tsui dan Mong Kok. Di Pulau Hong Kong, terdapat deretan kedai barangan kemas yang menakjubkan di Des Voeux Road Central, Queen's Road Central dan Hennessey Road.

Dengan sebahagian besarnya menjual barangan jed yang berkualiti tinggi, ia menjadi tempat tumpuan orang China, dan para pelawat pastinya tertawan dengan Pasar Jed di Yau Ma Tei. Tetapi adalah baik jika anda ditemani seseorang yang tahu menilai kualiti barangan jed yang dijual di situ.

Bermula dengan jenis jam tangan klasik hinggalah kepada rekaan terbaru antarabangsa dan barangan kemas tiruan. Mengapa tidak pilih batu permata dan upah tukang emas yang berkemahiran untuk mereka bentuknya khusus untuk anda?

Talian telefon berguna
  • Persatuan Tukang Emas dan Barangan Kemas Hong Kong: +852 2543 9633.
  • Bagi senarai makmal ujian barangan kemas, Persatuan Gemologi Hong Kong di talian +852 23666006.
  • Bagi berlian dan taksiran, Persekutuan Berlian Hong Kong, China Ltd +852 25245081.
Semak tip untuk membeli barangan kemas

Gold Jewellery
Gold Jewellery
Barangan emas
Anda pasti "hilang pertimbangan" apabila berdepan dengan begitu banyak sekali pilihan barangan kemas, aksesori dan perhiasan moden dan tradisional yang terdapat di Hong Kong pada kadar harga bebas cukai yang paling rendah. Diperbuat daripada emas tulen berkualiti tinggi dengan corak dan gaya moden, semuanya mencerminkan kemahiran pembuatannya yang tinggi, yang menjadi Hong Kong pusat barangan kemas antarabangsa yang terulung. Kawasan membeli-belah utama menawarkan barang emas yang tidak puas hati memandang bagi golongan muda dan dewasa. Emas dan platinum mesti disetem dengan tahap ketulenannya.

Kawasan yang banyak pilihan kedia-kedai barangan kemas termasuk: Yee Wo Street dan Hennessy Road (Causeway Bay MTR Exit D2), dan Nathan Road dari Mong Kok ke Tsim Sha Tsui (stesen-stesen MTR di Mong Kok, Yau Ma Tei, Jordan dan Tsim Sha Tsui).
Watches & Timepieces
Watches & Timepieces
Jam tangan
Tidak kira sama ada anda mencari jam klasik atau jam keluaran terbaru, semuanya ada di Hong Kong.

Ramai penduduk Hong Kong memakai jam untuk tujuan yang berlainan. Rebutlah peluang untuk membeli sebuah jam tangan pada harga bebas cukai, dari model kanak-kanak hanya pada harga beberapa dollar sahaja, yang bertatah permata yang berharga seumpama sebuah kereta kecil atau antik. Bila membeli jam berjenama mahal, pasti semak tawaran jaminan antarabangsa dan pastikan nombor sirinya ditulis dengan betul pada resit belian serta pada kad jaminan.


Penanda pautan internet