Trendy Shop
Trendy Shop
Trendy Shop
Kelompok kedai 'hip n' trendy' menawarkan banyak sekali jenama alternatif yang diimport serta yang dihasilkan oleh pereka jenama tempatan. Sama ada mahu menjadi pelopor trend atau tidak…itu BUKAN satu persoalan. Layani diri anda dengan perubahan gaya hidup di kedai-kedai barangan fesyen terbaru itu sekarang!

Causeway Bay
(Paterson Street, Great George Street, Kingston Street, Sharp Street, Percival Street) - Terdapat banyak kedai di jalan-jalan tersebut, terutamanya Island Beverly, Causeway Place, Laforet dan Time Plus, yang menjual pakaian fesyen terkini dan aksesori. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki produk-produk dengan corak dari Hong Kong dan corak lama dari China yang luar biasa di Goods of Desire (G.O.D) di Leighton Centre.

Tsim Sha Tsui
Periksalah contoh jenama pereka atau barangan lama yang dijual murah. Tidak jauh dari Granville Circuit, di mana anda akan menemui banyak kedai-kedai yang menjual barangan keluaran mereka sendiri atau barangan koleksi, bersama dengan aksesori dan dan barangan vintaj.

Mong Kok
(Sai Yeung Choi Street South, Shantung Street, Dundas Street) - Periksalah kedai-kedai yang menjual barangan fesyen terkini (trendy shops) di pusat-pusat membelibelah menjual fesyen terbaru serta peralatan terbaru permainan dan peralatan mainan terbaru dari Jepun dan Barat.


Penanda pautan internet