|
||||||
Pengunjung yang gemar membeli-belah tapi kesuntukan masa akan lebih selesa membeli-belah di sini kerana setiap jalannya menjual kategori barang tertentu masing-masing.
Jalan Ap Liu
Pasar Barangan Lama/Antik Ap Liu
Jualan murah barangan elektrik dan elektronik baru dan lama, peralatan audio-video dan produk-produk komunikasi. Juga terdapat jam antik, wang syiling lama dan barangan lama yang lain.
Jalan Ap Liu, Sham Shui Po, Kowloon (Stesen MTR Sham Shui Po - Pintu Keluar C2)
Tengah hari – tengah malam
Jalan Ap Liu, Sham Shui Po, Kowloon (Stesen MTR Sham Shui Po - Pintu Keluar C2)
Tengah hari – tengah malam
Pasar Jed
Pasar Jed & Jalan Jed
Pasar Jed merupakan tempat terbaik untuk bersiar-siar dan menikmati suasana nyaman waktu pagi. Pasar ini menjadi tumpuan peminat barangan lama dari seluruh dunia. Menurut kepercayaan orang Cina, jed dapat menghalang gangguan makhluk jahat dan melindungi pemakainya ketika dalam perjalanan.
Barangan yang dijual di situ merangkumi pelbagai jenis jed yang jarang dilihat serta ukiran jed yang bernilai tinggi hingga kepada barangan hiasan yang murah. Hati-hati jangan terlalu ghairah untuk membeli jed yang mahal sebelum mendapatkan nasihat dari pakarnya.
Tidak jauh dari situ ialah Jalan Jed, yang terletak di Jalan Canton, antara Jalan Kansu dan Jalan Jordan dan terdapat tempat untuk menguji batu pemata di Plaza Jed.
Pasar Jed
Persimpangan Jalan Kansu dan Jalan Battery, Yau Ma Tei, Kowloon. 10pagi - 5petang.
Pasar Jed
Jalan Canton antara Jalan Kansu dan Jalan Jordan, Yau Ma Tei, Kowlon 11:30 pagi - 2:30 petang
(Stesen MTR Yau Ma Tei Pintu Keluar C, ikut Jalan Nathan menuju ke Jalan Square. Ikut sepanjang Jalan Public Square menuju ke Jalan Canton selama 10 hingga 15 minit)

Jalan Sai Yeung Choi
Jalan Sai Yeung Choi (Selatan)
Kawasan ini menjadi tumpuan jualan produk telekomunikasi, audio-video dan barangan elektronik. Butik dan kedai menjual barangan kosmetik banyak terdapat di sini.
Jalan Sai Yeong Choi (Selatan), Mong Kok, Kowloon (Stesen MTR Mong Kok Pintu Keluar D3)
10 pagi - tengah malam
Jalan Sai Yeong Choi (Selatan), Mong Kok, Kowloon (Stesen MTR Mong Kok Pintu Keluar D3)
10 pagi - tengah malam
Jalan Fa Yuen
Jalan Pakaian Sukan (Jalan Fa Yuen)
Dikenali sebagai 'Jalan Pakaian Sukan' di mana anda boleh membeli semua jenis pakaian dan peralatan sukan terkini di kedai-kedai yang menjualnya di sepanjang jalan.
Persimpangan Jalan Fa Yuen, Mong Kok, Kowloon (Stesen MTR Mong Kok Pintu Keluar D3 dan ikut Jalan Argyle selama tiga minit)
11 pagi – 9:30 malam
Persimpangan Jalan Fa Yuen, Mong Kok, Kowloon (Stesen MTR Mong Kok Pintu Keluar D3 dan ikut Jalan Argyle selama tiga minit)
11 pagi – 9:30 malam
Jalan Tai Yuen
Jalan Tai Yuen
Jalan Tai Yuen merupakan syurga untuk kanak-kanak yang gemarkan permainan. Ia menempatkan kedai dan gerai-gerai yang menjual permainan kanak-kanak yang murah tetapi cukup menarik. Dengan tawaran harga yang murah, anda boleh membeli sebanyak mana pun untuk diri anda dan rakan-rakan anda.
Jalan Tai Yuen, Pulau Hong Kong(Stesen MTR Wan Chai Pintu Keluar A3)
Biasanya dari jam 7 pagi hingga 7 malam
Jalan Tai Yuen, Pulau Hong Kong(Stesen MTR Wan Chai Pintu Keluar A3)
Biasanya dari jam 7 pagi hingga 7 malam
Jalan Tung Choi
Pasar Ikan Mas
Semoga nasib anda baik sepanjang tahun, belilah mangkuk ikan mas dari Hong Kong.
Akuarium amat popular di Hong Kong kerana ianya dianggap membawa tuah apabila diletakkan dengan betul di rumah. Pasar Ikan Mas berhampiran Jalan Tung Choi merupakan pusat tumpuan utama untuk membelinya.
Jalan Tung Choi, Mong Kok, Kowloon (Stesen MTR Prince Edward Pintu Keluar B2, ikut sepanjang Jalan Prince Edward (Barat) menuju ke arah stesen keretapi selama kira-kira 15 minit)
10.30 pagi - 10 malam

Taman Burung
Taman Burung Jalan Yuen Po
Taman Burung ini menjadi tumpuan penggemar suara burung di Hong Kong. Pasar ini menyediakan semua peralatan, daripada sangkar yang diukir indah hingga kepada belalang. Perhati dan dengar, tetapi dinasihat elak menyentuh burung-burung di situ.
Jalan Yuen Po, Mong Kok, Kowloon (Stesen MTR Prince Edward Pintu Keluar B1, ikut sepanjang Jalan Barat Prince Edward menuju ke arah stesen keretapi selama kira-kira 15 minit).
7 pagi - 8 malam
Pasar Bunga Hong Kong
Pasar Bunga
Pasar Bunga Hong Kong menawarkan pengalaman yang tidak mudah dilupakan. Nikmatilah bunga-bunga yang berwarna-warni, dengan keharuman baunya serta pokok-pokok bunga yang kembang mekar yang membawa tuah bila menghiasi di rumah.
Jalan Pasar Bunga, Kowloon (Stesen MTR Prince Edward Pintu Keluar B2, ikut sepanjang Jalan Prince Edward (Barat) menuju ke arah stesen keretapi selama kira-kira 15 minit)
7 pagi - 7 malam
Jalan Pasar Bunga, Kowloon (Stesen MTR Prince Edward Pintu Keluar B2, ikut sepanjang Jalan Prince Edward (Barat) menuju ke arah stesen keretapi selama kira-kira 15 minit)
7 pagi - 7 malam