|
||||||
Pengunjung yang sukakan cabaran boleh mengunjungi pasar-pasar terbuka ini yang mencerminkan budaya kehidupan Hong Kong. Setiap pasar terbuka itu mempunyai daya tarikan tersendiri dan mempunyai “harta karun” untuk diterokai. Lebih baik lagi, anda boleh tawar-menawar! Dapatkan semua jenis barangan pengguna di sana.
Ladies' market
Pasar Barangan Wanita (Tung Choi Street)
Pasar Barangan Wanita adalah versi Stanley Market Kowloon. Di sini anda boleh membeli pelbagai jenis pakaian dan aksesori wanita yang menarik.
Tung Choi Street, Mong Kok, Kowloon (Stesen MTR Mongkok, Exit E2)
tengahari– 11:30 malam
Tung Choi Street, Mong Kok, Kowloon (Stesen MTR Mongkok, Exit E2)
tengahari– 11:30 malam
Temple Street
Pasar Malam Temple Street
Pasar Malam Temple Street sentiasa sibuk dan merupakan tempat terbaik untuk anda membeli beberapa barangan.
Temple Street dipenuhi dengan deretan gerai yang terang benderang yang menawarkan pelbagai jenis pakaian, jam, CD, kaset, peralatan elektronik, perkakasan dan bagasi yang mengagumkan. Manakala gerai makanan yang dibanjir pengunjung pula menjual makanan yang lazat seperti makan laut yang masih segar dan sajian ‘hotpot’ yang pasti membuka selera anda. Para tukang tilik di Yu Ma Tei pula berkumpul di hujung jalan, dan begitu juga dengan peminat opera China yang menyaksikan persembahannya di situ.
Kunjungan anda ke Temple Street merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Temple Street, Yau Ma Tei, Kowloon (Stesen MTR Jordan, Exit A. Pusing kanan ke arah Jordan Road, kemudiannya pusing kanan ke arah Temple Street)
4 petang – tengah malam

Stanley Market
Pasar Stanley
Stanley Market adalah tempat terbaik untuk membeli sesuatu yang istimewa untuk rakan dan sahabat handai anad. Lorong-lorong bersejarah di kampung lama nelayan ini sesak dengan penjual kerja-kerja seni China, koleksi barangan sutera serta pakaian. Rancang untuk tinggal selama beberapa hari dan rasai masakan restoran terbaik di Bangunan Murray Building atau disepanjang jalan utama di pinggir pantai.
Stanley Market Road, Stanley, Pulau Hong Kong (Stesen MTR Hong Kong, Exit D dan ambil bas 6, 6A, 6X, 66 atau 260 di terminal bas Exchange Square, Central)
10:30 pagi– 6:30 petang
Stanley Market Road, Stanley, Pulau Hong Kong (Stesen MTR Hong Kong, Exit D dan ambil bas 6, 6A, 6X, 66 atau 260 di terminal bas Exchange Square, Central)
10:30 pagi– 6:30 petang
Jardine's Crescent
Jardine Crescent
Pasar terbuka di sepanjang jalan yang menawarkan pakaian, aksesori dan barangan domestik yang murah. Kebanyakan gerai menjual barangan berkaitan dengan rambut, beg, pakaian wanita, baju yang dikait, aksesori telefon dan barangan keperluan rumah, dan dihujungnya terletak sebuah pasar basah kecil dan gerai-gerai menjual bunga dengan harga murah.
Jardine Crescent, Causeway Bay, Pulau Hong Kong Island (Stesen MTR Causeway Bay, Exit F)
Tengahari – 10 malam
Jardine Crescent, Causeway Bay, Pulau Hong Kong Island (Stesen MTR Causeway Bay, Exit F)
Tengahari – 10 malam
Li Yuen Street West
Jalan Li Yuen Timur dan Barat
Periksalah pakaian siap atau menempahnya. Ia mengetengahkan corak yang bagus, kain sutera yang baik dan kain-kain lain, dengan gaya tradisional dan warna yang canti.
Jalan Li Yuen Timur dan Barat,, Central, Pulau Hong Kong (Stesen MTR Central, Exit C kemudian berjalan sepanjang Des Voeux Road Central menuju ke Sheung Wan)
10 pagi - 7 malam
Jalan Li Yuen Timur dan Barat,, Central, Pulau Hong Kong (Stesen MTR Central, Exit C kemudian berjalan sepanjang Des Voeux Road Central menuju ke Sheung Wan)
10 pagi - 7 malam