![]() |
|
|||||
Harbour City
Pelbagai pusat membeli-belah dan pasaraya diKowloon bersaing dengan kilang-kilang di sepanjang Granville Road, destinasi yang menjadi satu kemestian bagi para pembeli.
Harbour City adalah salah kompleks membeli-belah dan hiburan yang terbesar dan termasyhur di kawasan tersebut, termasuk Ocean Terminal, tempat kapal persiaran berlabuh. Di Star House, anda boleh membeli peralatan komputer yang paling terkini.
Canton Road, yang berdepan dengan Harbour City, merupakan tempat terbaik untuk mencari barangan berjenama terkenal dan dapatkan barangan terbaik berjenama tempatan dan antarabangsa.
‘Golden Mile’ yang termasyhur di Nathan Road sentiasa sibuk dengan pembeli siang dan malam. Ia terkenal dengan kedai-kedai dihiasi dengan cahaya neon yang terang benderang, hotel, restoran dan pusat hiburan malam.

Temple Street
Yau Ma Tei menawarkan kejutan di setiap sudut. Di bawah lampu neon yang terang benderang, kedai-kedai di jalan-jalan di Yau Ma Tei menawarkan jualan barangan kemas dan pakaian. Tetapi Yau Ma Tei lebih masyhur dengan pasar-pasar di sepanjang jalan. Berjalan-jalanlah melalui Pasar Malam Temple Street, Pasar Jed dan terokai daya tarikannya.
Ladies Street
Mong Kok lebih terkenal dengan kesibukan jalan-jalan tema serta pasar jalanan yang menakjubkan. Untuk mendapatkan peralatan audio-visual, produk elektronik dan telekomunikasi, kunjungilah Sai Yeung Choi Street South, yang menempatkan pelbagai butik dan kedai kosmetik. Shantung Street dan Dundas Street terkenal dengan fesyen dan aksesoris yang terpanas dari Barat dan Jepun.
Di Tung Choi Street terdapat Pasar Pakaian Wanita yang amat popular di mana pengunjungnya boleh membeli pakaian, aksesoris dan barang perhiasan rumah serta pakaian untuk lelaki dan kanak-kanak. “Sportswear Street” di Fa Yuen Street menawarkan fesyen pakaian sukan dan peralatan sukan terkini. Juga kunjungi Pasar Ikan Emas (Goldfish Market) di hujung sebelah utara, Pasar Bunga (Flower Market) yang berhampiran and Taman Burung (Bird Garden) di Yuen Po Street.
Untuk merasai pengalaman terkini, lintasi Nathan Road menuju ke mercutanda terbaru Mong Kok, Langham Place, dengan ruangniaga berhawa dingin seluas 600,000 kaki persegi di mana pembeli boleh mendapatkan apa sahaja yang mereka inginkan.

Whampoa
Bersiar-siarlah melalui kapal pelayaran di darat. The Whampo “berlabuh” di tepi bekas sebuah limbungan kering. Pusat hiburan berbentuk kapal sepanjang 110 meter, stesen permainan, kedai dan kelab - "Wonderful Worlds of Whampoa" – menjadi pusat tumpuan pembangunan perumahan puncak Whampoa Gardens bernilai HK$4 billion.
Terletak di Fasa 8 the Wonderful Worlds of Whampoa, Whampoa Gourmet Place yang diilhamkan oleh pakar makanan Choi Lan yang terkemuka Hong Kong. Ia mengumpulkan 13 restoran terbaik yang menyajikan masakan tempatan dan menghidangkan mi Szechuan dan-dan, mi wonton dan makanan barbeku Guangdong.

Festival Walk
Festival Walk di Kowloon Tong adalah salah sebuah kawasan membelibelah di Hong Kong. Kunjungi kedai-kedai yang menawarkan semua barangan perabot dan aksesori rumah hingga kepada fesyen terkini, banyak restoran dan gelanggang meluncur atas ais dan pewagam. Ianya terletak betul-betul di atas stesen MTR Kowloon.
Ap Liu Street
Sham Shui Po masyhur dengan peralatan elektronik. Di Sham Shui Po, anda boleh membeli hampir sebarang produk komputer pada kadar harga yang kompetitif. Apliu Street, juga terletak dalam kawasan yang sama, menawarkan hampir semua barangan elektronik yang baru.