Causeway Bay
Causeway Bay
Causeway Bay sudah lama popular di kalangan pelancong. Daripada pasaraya, hinggalah ke butik-butik kecil dan kedai yang riuh dengan tawar-menawar, semuanya boleh didapati di kawasan yang padat itu. Bagaimanapun, anda memerlukan sehari suntuk untuk mengelilingi karnival membeli-belah ini.

Kedai-kedai yang pakar mengenai kasut, peralatan elektrik dan fesyen untuk orang muda banyak terdapat di sini. Berjalan-jalanlah melalui banyak gedung membeli-belah, termasuk Times Square, Pusat Perdagangan Dunia - wtc lagi, Lee Garden Two, The Lee Gardens, Lee Theatre Plaza, Fashion Island dan Island Beverley, menunjukkan penekanan yang diberikan terhadap fesyen dan makanan. Square, dalam Windsor House, terkenal dengan produk komputer.

Jardine's Crescent terkenal dengan pakaian, aksesoris dan barangan domestik yang murah. Untuk sampai ke sana anda perlu melalui Jalan Keluar (Exit) F dari stesen MRT Causeway Bay.

Tai Yuen Street
Tai Yuen Street
Wan Chai's streets kaya dengan sejarah dan menawarkan kawasan membeli-belah yang menakjubkan. Di sepanjang Queen's Road East, anda akan menemui kedai-kedai perabot China dan hasil dari rotan yang bersedia untuk menguruskan penghantaran pulang barang-barang yang anda beli di situ.

Spring Garden Lane merupakan tempat yang paling sesuai untuk membeli-belah pakaian pada harga yang kompetitif. Gerai-gerai di situ menjual produk untuk tujuan eksport, ini bermakna kualiti dan harga amat kompetitif. Ia juga disambung kepada pasar kering dan pasar basah, dan oleh itu turut menawarkan pengalaman aneka-budaya di tengah-tengah Wan Chai. Spring Garden Lane terletak di simping Queen's Road East yang menuju ke Johnston Road

Pacific Place
Pacific Place
Admiralty juga terkenal dengan barangan mewah berjenama. Pacific Place, salah sebuah daripada pusat membeli-belah popular di Hong Kong, merupakan tempat yang sesuai di kawasan ini. Di sini terdapat lebih 140 kedai cenderamata, pasaraya Lane Crawford dan kedai-kedai label pereka fesyen terkenal. Pacific Place dan satu lagi pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Queensway disambung ke stesen MRT Admiralty.

IFC Mall
IFC Mall
Wilayah Tengah Hong Kong menempatkan banyak bangunan mencakar langit dan gedung dan atrium membeli-belah. The Landmark, The Galleria, Prince's Building, Alexandra House dan IFC mall merupakan pusat membeli-belah utama dengan mempunyai banyak barangan berjenama eksklusif.

Dua jalan selari di Wilayah Tengah yang dikenali sebagai "The Lanes", Li Yuen Street East dan Li Yuen Street West sentiasa hiruk-pikuk dengan gerai-gerai yang menjual semua barangan,dari pakaian harga murah, jam, barangan kemas tiruan hingga kepada beg dan kasut. Terletak di antara Queen's Road Central dan Des Voeux Road Central, pasar ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Stanley Street terkenal dengan peralatan kamera pada harga yang munasabah. Hollywood Road merupakan lorong barangan antik di Hong Kong', di atas daerah perniagaan wilayah Tengah. Jauh di barat menuju ke Sheung Wan terletak gerai-gerai tepi jalan yang sentiasa sibuk di jalan-jalan "bertangga” di Wilayah Tengah

Western Market
Western Market
Pasar Barat di Sheung Wan adalah bangunan Edward yang diubahsuai yang menempatkan kedai-kedai kraftangan China dan kedai kain. Ia terletak di penjuru Connaught Road dan Morrison Street, Sheung Wan. Kawasan di sebelah barat terkenal dengan kedai-kedai kecil ala China yang menjual makanan laut kering dan perubatan herba.

Bazaar di Cat Street terkenal dengan gerai dan kedai menjual barangan antik, seperti jam, syiling lama, jed dan ukiran batu.

Factory Outlet
Terdapat jualan murah di Ap Lei Chau. Kawasan South Side dekat Aberdeen terkenal dengan gudang pakaian dan barangan perabot yang murah. Horizon Plaza, yang terletak di Ap Lei Chau, mempunyai kilang pakaian dan perabot.

Bagaimana hendak ke sana: Dengan menaiki bas laluan M590 dari Exchange Square di Wilayah Tengah ke South Horizon

Stanley Market
Stanley Market
Berjalan-jalanlah melalui pasar di salah sebuah kawasan pantai paling termasyhur di Hong Kong. Stanley Market penuh dengan gerai, kedai dan restoran. Lorong-lorong bersejarah ini penuh dengan penjaja menjual lukisan China, kraftangan, perabot, sutera dan pelbagai jenis cenderamata Hong Kong. Dibuka dari sekitar jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.



Penanda pautan internet