![]() |
|
|||||
Rebutlah peluang daripada lokasi Hong Kong untuk membeli perabot serta barangan perhiasan dari tanah besar China dan rantau lain di Asia. Ia merupakan tempat terbaik untuk membeli-belah barangan mewah untuk rumah pada harga yang munasabah. Gudang perabot di Hollywood Road, Queen’s Road Central, Aberdeen dan Ap Lei Chau menawarkan pelbagai barangan, dari barangan keperluan harian kepada barangan mewah. Pilih kayu padat atau kayu lapis apabila menempah perabot.
Permaidani dan tikar, kelengkapan rumah
Hiasi rumah anda dengan permaidani China, India dan Parsi yang cantik menawan atau 'dhurries', 'kelims' dan sejadah dari Turki atau Afghanistan. Untuk barangan mewah, Hong Kong juga menawarkan permaidani Tai Ping yang termasyhur di mana anda boleh menempah rekabentuk sendiri.
Harga bergantung kepada jenis benang, kemahiran buatannya, coraknya, adunan warna dan kehalusan tenunannya. Bersiap-sedialah untuk sesi tawar-menawar harganya.
Para pengunjung pastinya akan "hilang pertimbangan" apabila melihat kecantikan sutera Thai, sutera benang buatan tangan dari India serta sutera dari China yang ditawarkan dalam pelbagai corak dan warnanya. Kerana kos kain dan tenaga kerja yang murah, maka bandaraya ini merupakan tempat paling sesuai untuk menempah cadar, pembalut kusyen ataupun langsir.
Tip

- Jangan lupa untuk membawa bersama anda ukuran perabot dan contoh kain jika anda bercadang untuk menghiasi semula bilik tertentu di rumah anda.
- Pastikan apabila membuat tempahan, anda dan penjual, memahami dengan jelas mengenai saiz dan spesifikasi yang anda kehendaki.
Perabot
Beli perabot idaman anda dan menghantarnya pulang dari Hong Kong.
Semua kedai perabot, sama ada yang membekalkan perabot tradisional, meja makan dari kayu jati ukiran tangan atau sofa kulit, boleh menguruskan penghantaran pulang perabot anda. Perabot dari rotan yang tidak mahal, ringan dan tahan lama selalunya menjadi pilihan paling popular. Kebanyakkan kedai juga sedia menerima tempahan mengikut corak pilihan anda.
Perabot tradisional dari seluruh negara Asia dijual di Hong Kong. Anda boleh membeli futon (sejenis tilam Jepun), set meja ukiran tangan dari Indonesia, peti dari Korea atau sesuatu yang lebih eksotik dari Nepal atau Myanmar (Burma). Semua harganya adalah dalam lingkungan kemampuan anda untuk membelinya di Hong Kong.

Peralatan lampu
Daripada kandil (chandeliers) kristal mewah, sehinggalah kepada tanglung merah China, pelbagai jenis peralatan lampu yang ditawarkan amat mengagumkan.
Anda boleh mendapatkan koleksi untuk memenuhi citarasa anda, sama ada jenis lampu lembut yang romantik untuk bilik anda, hinggalah kepada lampu luaran untuk kawasan taman rumah; Hong Kong ada semuanya.

- Ingat, terendak lampu kaca (glass lampshades) mungkin rosak ketika dalam proses penghantaran, jadi sebaik-baiknya anda memilih lampu yang tidak mudah pecah seperti terendak lampu yang dibuat khas dari sutera China.