Sama ada telefon bimbit terkini, komputer, pemain MP3, iPod, PDA, kamera digital, atau peralatan dan permainan kanak-kanak, anda boleh memperolehi semua itu di Hong Kong. Senarai jenama dan produknya begitu banyak sekali, dan harganya pula dikecualikan dari cukai, tidak termasuk diskaun khas supaya anda menjimatkan belanja.

Kedai gaya hidup istimewa memenuhi cita rasa pembeli yang sukan hiburan di rumah, manakala kedai komputer dan telefon bimbit pula bersaing dengan kedai menjual barang kemas untuk merebut pembeli. Audio, video dan peralatan fotografi cuba memikat pelawat untuk merakamkan kenangan manis mereka ketika berada di Hong Kong.

Barangan berkualiti tinggi dengan waranti daripada jenama pengeluar memastikan prestasi sentiasa terjamin
Audio & Video Product
Audio-Video dan Fotografi
Hong Kong masyhur dengan reputasinya dalam peralatan fotografi dan kekal sebagai tempat yan terbaik untuk membeli peralatan berkenaan.

Para jurugambar profesional akan berkumpul di Stanley Street di Pulau Hong Kong dan Sai Yeung Choi Street di sebelah Kowloon apabila tiba masanya untuk mereka menggantikan lensa atau mempertingkatkan keupayaan kamera masing-masing. Tetapi kedai-kedai di Hong Kong adalah untuk semua golongan, daripada mereka yang mencari kamera untuk suka-suka sehinggalah kepada peminat setia model-model kamera digital.

Sesetengah kedai kamera menjual pelbagai jenis peralatan optik, termasuk teropong, teleskop dan mikroskop.

Kedai menjual peralatan audio dan video mempamerkan sebahagian besar jenama utama dan membolehkan pelanggan membandingkan kualiti gambar dan suara di situ juga.
Mobile Phone
Telefon Bimbit dan Peralatan Komunikasi
Hong Kong menawarkan harga yang paling kompetitif dan teknologi komunikasi yang terbesar berbanding dengan tempat-tempat lain. Hong Kong mempunyai 129 peratus penembusan penggunaan telefon bimbit, yang bermakna orang ramai memiliki lebih dari sebuah telefon. Ia juga bermakna peniaga di Hong Kong perlu tahu ciri-ciri setiap modal dan buatannya, dan menawarkan harga yang kompetitif.

Model telefon bimbit terbaru dan PDA mudah diperolehi pada harga yang amat munasabah. Peralatan tersebut yang terdapat di kedai-kedai barangan elektrik di Hong Kong mencerminkan peningkatan pengaruh alat-alat multimedia dalam bidang komunikasi, seperti peralatan persidangan video. Kedai-kedai di Mong Kok, Tsim Sha Tsui dan Causeway Bay menawarkan harga yang paling kompetitif bagi peralatan komunikasi.

Tip:
  • Bertanyalah mengenai sistem rangkaian mudahalih yang sesuai dengan telefon bimbit yang anda beli, rangkaian GSM, CDMA, 3G atau standard lain yang berbeza di seluruh dunia.
Computers and Notebooks
Komputer dan Perisian
Hong Kong adalah sebuah bandaraya dengan dan tanpa wayar dan para pelanggannya menuntut hanya yang terkini dan yang terbaik..

Gabungan persaingan antara penjual, permintaan dan pelanggan yang arif bermakna hanya perkakasan dan perisian yang terkini sahaja yang ditawarkan. Sama ada ianya komputer meja, komputer riba atau tetikus, semuanya terdapat di Hong Kong.

Pusat membeli-belah Windsor House di Causeway Bay di Pulau Hong Kong dan Star House di Tsim Sha Tsui, Kowloon, adalah antara dua lokasi yang menawarkan perkakasan, perisian dan aksesori.
Barangan elektronik
Hong Kong memang terkenal sebagai tempat terbaik untuk membeli-belah peralatan elektronik tercanggih.

Tidak kira apa juga yang anda cari, semuanya ada di Hong Kong. Plug, kabel dan jak dari seluruh dunia, tetapi sebelum membelinya, pastikan anda periksa terlebih dahulu kesesuaian voltannya dengan bekalan elektrik di negara anda. TV dan peralatan video adalah dalam format PAL dan NTSC.

Memang ada perbezaan harga, jadi berbaloi untuk membelibelah. Causeway Bay, Tsim Sha Tsui, Mongkok dan Sham Shui Po adalah tempat termasyhur untuk membelibelah barangan elektronik. Periksa senarai resit semua harga aksesoris supaya memenuhi jaminan spesifikasinya.


Penanda pautan internet