![]() |
|
||||
Hong Kong Tea
Budaya Teh Hong Kong
Walaupun teh berasal dari China dan telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup rakyatnya sejak ribuan tahun yang lalu, namun Hong Kong telah menghasilkan budaya tehnya yang tersendiri sebagai sebahagian daripada empayar British.
Ketika berada di sana, anda jangan melepaskan peluang untuk menikmati “teh susu” tempatan disajikan di kedai-kedai makanan Cina, gerai-gerai penjaja dan kafe. Ia mengadunkan pilihan daun teh terbaik, dengan kemahiran tinggi membuat teh, untuk menghasilkan secawan teh ala Hong Kong. Walaupun tidak banyak tempat yang khusus menyajikan minuman teh seperti dahulu, tetapi adalah berbaloi untuk mengunjungi kedai teh seperti zaman dahulu di Pulau Hong Kong dan Kowloon.

Menu Unik Bistro Teh Hong Kong
Di Hong Kong, biasanya terdapat kafe yang menyajikan minuman teh bersama pelbagai makanan ringan yang melewati citarasa Timur dan Barat.
“Teh susu” merupakan satu campuran budaya yang menakjubkan. Pelbagai jenis teh dimasakkan dalam kontena logam setinggi satu meter selama berjam-jam, bagi memastikan kesebatiannya. Beg kain seperti sutera, digunakan untuk menapis teh sebelum dimasukkan susu atau susu pekat. Yuanyang adalah satu lagi minuman istimewa Hong Kong, campuran susu, teh dan kopi, yang menghasilkan perisa dan aroma yang menakjubkan.
Makanan seperti kentang goreng, yang disapu dengan mentega dan sirap, pasti dapat memenuhi selera anda. Ramai yang pastinya tidak akan dapat menahan keinginan untuk merasai kesegaran dan keharuman tart telur bakar. Roti dengan pelbagai jenis inti,termasuk campuran kelapa, kastard telur dan banyak lagi. Roti nanas disapu dengan jem berperisa yang sama dan sedap dimakan dengan mentega cair.
Terkenal dengan perkhidmatan yang cekap dan pantas, kafe-kafe berkenaan juga mengaji apa sahaja dari mi hinggalah kepada nasi, bubur, daging panggang dan malah makanan laut. Minuman sejuk, seperti teh air limau, juga amat popular dan disajikan sepanjang hari.