Dining at Kowloon City
Dining at Kowloon City
Sejak bertahun-tahun yang lalu, Bandaraya Kowloon telah berubah wajah dari sebuah daerah perindustrian kepada kawasan kediaman, dan hari ini, ia merupakan tempat tersimpannya 'harta karun masakan' dengan adanya begitu banyak kedai makanan Asia. Lazat dan murah, mereka menawarkan pelbagai jenis makanan Asia Tenggara, Kantonis dan makanan Chiu Chow, serta makanan pencuci mulut tempatan yang lazat. Kebanyakan restoran adalah kecil, dijalankan oleh anggota keluarga dengan perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Bersiar-siarlah di jalan-jalan berikut: Jalan Nga Tsin Long; Jalan Nam Kwok; Jalan Lung Kong; Jalan Prince Edward; Jalan Kai Tak; Jalan Fuk Lo Tsun dan singgah di kafe-kafe yang banyak terdapat di sepanjang jalan.


Penanda pautan internet