Culinary artistry
Culinary artistry
Hong Kong menawarkan pilihan masakan makan malam antarabangsa yang lazat dan menyelerakan.

Seperti yang anda jangkakan, restoran makanan Cina terbaik terletak di merata tempat di Hong Kong. Restoran terbaik, antaranya, terdapat di hotel-hotel utama dan kompleks membelibelah. Kebanyakan restoran tersebut pakar dalam satu atau lebih sajian makanan berikut: : Kantonis, Chiu Chow, Peking, Shanghainese, Szechuan & Hunan, atau Masakan Vegetarian Cina dan Makanan perayaan China & Wain China.

Sebagai sebuah bandaraya antarabangsa, terdapat banyak budaya dan jenis makanan yang disajikan di Hong Kong. Nikmati masakan (haute) lima bintang, makanan segera, makanan ringan atau makanan yang seperti anda nikmati sekeluarga di rumah di restoran makanan Hong Kong dan Barat. Restoran Thai, Vietnam, India, Indonesia, Malaysia dan Filipina menukar selera dari makanan Cina, dan restoran sushi Jepun (Japanese sushi bars and fine restaurants) bertukar sajian untuk penuhi selera anda. Masakan Barat boleh dinikmati di restoran Amerika, Perancis, masakan Itali, Mediterranean dan masakan yang lain untuk penggemar tradisi masakan daging dan kentang, atau pilihan masakan Mexico yang pedas.

Hong Kong bukan sahaja merupakan Ibu Negara Masakan Asia, tetapi anda juga boleh menjamu selera sambil menikmati pandangan yang menakjubkan, berhadapan (overlooking) dengan pelabuhan atau pergunungan, atau nikmati kelazatan sajian istimewa (signature) Hong Kong dan sajian dari wilayah China sambil menyaksikan keindahan pemandangan di kaki langit. Anda pastinya jatuh cinta pada semua masakan di Hong Kong.


Penanda pautan internet