Pelabuhan Victoria adalah salah satu aset terbesar Hong Kong, umpama sebutir permata yang dikagumi semua orang, walaupun berkali-kali mengunjungi bandaraya tersebut. Mereka datang dari seluruh dunia untuk melihat dan menikmati keindahannya.
Pemandangan di pelabuhan yang menakjubkan
Kunjungilah The Peak atau kunjungi Laluan Para Bintang (Avenue of Stars) di sepanjang Persiaran Tsim Sha Tsui untuk melihat pemandangan di pelabuhan yang menakjubkan dan menyaksikan pertunjukan Simponi Cahaya, yang menampilkan 43 bangunan pencakar langit di Hong Kong melalui persembahan multimedia yang mengagumkan.

Keseronokan Malam Penuh Bintang
Tiada cara paling baik untuk menikmati keindahan suasana pelabuhan kecuali dengan menaiki pelayaran waktu malam dengan feri di mana anda akan dapat menyaksikan Simponi Cahaya, melalui pertunjukan multimedia mengenai 43 bangunan pencakar langit di Hong Kong.

Lawatan di Pelabuhan
Pelabuhan Victoria sentiasa sibuk dengan aktiviti pada sebelah siang dan malam. Untuk menyaksikan sendiri kesibukan tersebut, anda boleh belayar dengan menaiki Feri Star, kapal persiaran di pelabuhan atau menaiki jong tradisional Cina.


Penanda pautan internet