![]() |
|
|||||
Hong Kong bertuah kerana mempunyai banyak tarikan dan tempat untuk bersiar-siar. Tarikan popular terletak di merata tempat di Pulau Hong Kong, Kowloon dan Wilayah Baru. Sebahagiannya turut terletak di Kepulauan Terpencil. Pilih sebarang lokasi yang disenaraikan dan anda pasti tidak akan kecewa.
Victoria Peak Merupakan salah satu tarikan paling popular di Hong Kong, The Peak adalah tempat pemandangan terbaik untuk melihat keindahan landskap bandaraya. Anda pasti akan terpegun melihat kakilangit bandaraya yang penuh berwarna-warni, Pelabuhan Victoria yang masyhur, bangunan pencakar langit, serta kehijauan gunung yang menyamankan. The Peak menawarkan satu pengalaman yang berbeza pada waktu siang dan waktu malam.
Pasar Wanita Sebagai salah satu pasar terbuka yang paling popular di Hong Kong, Pasar Wanita adalah destinasi yang mesti dikunjungi bagi penggemar fesyen untuk tawar menawar membeli kain, beg, aksesori, barang permainan, kosemtik dan barangan hiasan rumah. Gerai-gerai yang menarik untuk dikunjungi terletak di Jalan Tung Choi, Mong Kok. Ia dibuka mulai tengahari hingga jam 11:30malam.
Repulse Bay Kawasan berbentuk bulan sabit ini merupakan pantai yang tercantik di Hong Kong. Ia sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat dan menjadi tempat penggambaran banyak filem. Patung Tinggi berkembar Kwun Yum dan Tin Hau, kedua-duanya menjadi pelindung para nelayan, mendominasi pemandangan indah taman-taman hingga ke pantai. Pantai tersebut juga mempunyai rumah kelab pengawal pantai ala tradisional Cina, dan tidak jauh dari situ, terletak kawasan ala zaman penjajahan, The Repulse Bay yang menempatkan restoran dan kedai-kedai di tepi kawasan pantai.
Laluan Para Bintang (Avenue of Stars) Laluan Para Bintang (Avenue of Stars), tempat penghargaan kepada ramai bintang-bintang berbakat besar dalam industri perfileman Hong Kong, merupakan tumpuan utama pelancong. Ia menempatkan plak, bekas tapak tangan selebriti filem, ukiran batu tanda, kiosk barangan (movie memorabilia), Arca besar Anugerah Filem Hong Kong, dan arca legenda bintang kung fu, Bruce Lee.
Menara Jam Salah sebuah mercutanda utama di Tsim Sha Tsui, Menara Jam yang asalnya sebahagian daripada bekas stesen Keretapi Kanton-Kowloon (KCR). Dibina pada 1915, menara granit dan bata merah itu menjadi peringatan kepada zaman penjajahan. Hari ini, Pusat Kebudayaan Hong Kong telah menggantikan stesen tersebut. Bumbungnya yang lengkung dan bercirikan masa depan, mewujudkan latarbelakang yang luar biasa bagi Menara Jam tersebut.
Medan Arca Keemasan Bauhinia Arca bunga "Bauhinia Yang Kembang Selama-lamanya” (Arca Keemasan Bauhinia) adalah satu hadiah kepada rakyat China sebagai menandakan kegembiraan mereka apabila wilayah tersebut dikembalikan semula kepada Tanah Besar China selepas lebih daripada 150 tahun. Berhampiran Arca Bunga Keemasan Bauhinia, terletak Monumen Penyatuan dengan kaligrafi Perdana Menteri ketika itu, Jiang Zemin. Upacara menaikkan bendera diadakan setiap hari.
Disneyland Hong Kong Disneyland Disneyland Hong menjemput para pengunjung menerokai alam fantasi cerita dongeng legenda, pengembaraan dan menyaksi dunia masa depan. Mickey Mouse akan menyambut kedatangan anda ke tempat yang gembira di dunia, bersama dengan tarikan-tarikan eksklusif yang direka khas untuk Hong Kong.
Taman Laut Hong Kong Dibuka pada 1977, Taman Laut merupakan tempat tarikan popular yang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai. Taman tema seluas 80 hektar (200 ekat) itu terletak di sebelah selatan Pulau Hong Kong, yang menyediakan pameran dan kemudahan lain. Sistem kereta kabel menghubungkan bahagian tanah rendah dengan bahagian tanjung, menawarkan pemandangan yang menakjubkan sepanjang perjalanan. Tarikan-tarikan terbaru ialah tambahan dua lagi anak Panda Raksasa dan akuarium obor-obor laut yang pertama di Asia Tenggara.
Kuil Sik Sik Yuen Wong Tai Sin Kuil Wong Tai Sin adalah salah sebuah kuil yang termasyhur di Hong Kong. Setiap tahun, jutaan orang melawat kuil tersebut. Ia merupakan pusat agama terpenting serta penuh dengan pandangan indah bangunan-bangunan tradisional walaupun terletak di tengah-tengah Kowloon. Kuil ini mengajar tiga agama - Taoisme, Buddha dan Confucianise.
Temple Street/Jalan Kuil Temple Street adalah kawasan membelibelah yang menakjubkan, dengan deretan gerai-gerai yang terang benderang menjual barangan murah. Barangan yang dijual di situ termasuk: pakaian, pen, jam, CD, kaset, peralatan elektrik, perkakasan dan bagasi. Kumpulan tukang tenung terdapat di hujung jalan, begitu juga dengan penggemar opera Cina boleh menyaksikan pertunjukannya di situ. Ia dibuka dari jam 4 petang hingga tengah malam, tetapi kemuncak kemeriahannya bermula selepas matahari terbenam.
Sebagai tambahannya, kunjungilah Tarikan-tarikan popular dalam lamanweb Inggeris Antarabangsa kami untuk butiran lanjut mengenai banyak lagi yang ditawarkan di Hong Kong. Bandaraya Dunia Asia ini sibuk siang dan malam!