![]() |
|
|||||
Kebudayaan dan warisan telah membezakan Hong Kong daripada negara-negara Asia yang lain – malah dengan negara-negara di dunia. Dengan sejarah penjajahan selama 150 tahun dan sebahagian penduduknya orang Cina, Hong Kong adalah campuran unik Barat dan Timur di mana yang lama dan baru wujud seiringan hingga ke hari ini. Kehadiran kuil-kuil, bangunan peninggalan penjajah dan bangunan besi-dan-kaca pencakar langit, bersama-sama dengan tradisi lama dan kemeriahan perayaannya, telah menjadikan Hong Kong satu pengalaman budaya yang kekal hidup.
Program Kaleidoskop Budaya
Ini adalah satu peluang yang sukar ditemui untuk merasai pengalaman budaya dan tradisi luar biasa Hong Kong melalui siri program PERCUMA yang diadakan.
Menerokai Hong Kong dengan keretapi
Naik keretapi untuk meneroka beberapa kawasan yang menjadi daya tarikan di Kowloon dan Wilayah Baru. Maklumat lanjut boleh didapati di lamanweb bahasa Inggeris.

Hong Kong mempunyai lebih 600 kuil Cina di seluruh wilayahnya. Ia menjadi tempat ibadat penganut agama Buddha and Taoisme serta menempatkan patung dewa-dewa. Yang paling popular ialah Kuil Tin Hau. Juga terdapat banyak biara dan tempat untuk rahib wanita, sesetengahnya terletak di kawasan pedalaman.. Maklumat lanjut boleh didapati di lamanweb bahasa Inggeris.
Tapak-tapak warisan
Terdapat banyak tapak-tapak warisan Cina dan zaman penjajahan yang masih wujud di Hong Kong, yang mencerminkan lebih 5,000 tahun warisan Cina dan lebih 150 tahun warisan peninggalan penjajah British. Berikut adalah senarai tapak-tapak warisan yang mudah dikunjungi: Rumah Kerajaan dibuka untuk majlis dan acara istimewa. Maklumat lanjut boleh didapati di lamanweb berbahasa Inggeris di bawah: