|
||||||

Hong Kong Tourism Board merupakan sebuah pertubuhan yang disubsidi oleh kerajaan dan ia ditubuhkan pada 1 April 2001 di bawah Ordonansi HKTB. Pertubuhan ini dibentuk semula daripada Pertubuhan Pelancongan Hong Kong (HKTA) yang ditubuhkan oleh Ordonansi Kerajaan pada tahun 1957. Lain daripada HKTA yang merupakan sebuah persatuan ahli, HKTB tidak digabungkan dengan sebarang sektor atau organisasi yang khusus dalam industri dan ia berkemampuan memberi sokangan keseluruhan kepada pelancongan Hong Kong.
- Berusaha untuk meningkatkan sumbangan pelancongan kepada Hong Kong;
- Mempromosikan Hong Kong sebagai sebuah kota antarabangsa yang terkemuka di Asia serta destinasi pelancongan yang bertaraf dunia;
- Mempromosikan pembaikan kemudahan untuk pengunjung;
- Menyokong kerajaan dalam usaha mempromosikan kepentingan pelancongan kepada komuniti;
- Memberi sokongan bersesuaian kepada aktiviti menyediakan perkhidmatan kepada pelancong ke Hong Kong; dan
- "Memberi cadangan serta nasihat berkenaan langkah-langkah yang mungkin diambil untuk melanjutkan hal sebelumnya kepada Ketua Pegawai Eksekutif (bagi Daerah Pentadbiran Khusus Hong Kong). "
Dalam usaha untuk memenuhi tujuannya, HKTB berkongsi kerja dengan jabatan dan organisasi kerajaan yang bersesuaian, sektor pelancongan yang berkenaan, serta kesatuan lain yang berkaitan dengan pelancongan secara langsung atau tidak langsung.
HKTB melakukan kajian luas ke dalam profil dan keutamaan pelancong. Data kajian tersebut bersama dengan informasi terkini dalam kecenderungan dan bentuk pelancongan, serta analisis dan unjuran daripada organisasi antarabangsa, adalah digunakan untuk memetakan strategi pemasaran HKTB bagi pelancong yang berlainan dari segi sumber pasaran dan segmen.
HKTB telah mengunakan ' Hong Kong. Kota Antarabangsa di Asia' sebagai tema dalam platform pemasarannya untuk menyoroti kehidupan Hong Kong yang bersemangat dan berkosmopolit, gabungan serta kepelbagaian budya, dan kekuatan pelancongannya yang serba guna. Ini termasuk perbelanjaan, makanan, tarikan utama, festival, budaya dan warisan, serta kekuatan seni dan persembahan, pendakian gunung dan aktiviti luar yang bermuncul. HKTB telah memanfaatkan saluran yang berlainan disamping menetapkan kempen yang menyeluruh dan program setahun untuk acara yang mega sebagai usaha untuk mempersembahkan kekuatan tersebut kepada perdagangan pelancongan, media dan pelanggan antarabangsa. Usaha tersebut juga memperkayakan pengalaman pengunjung serta menyediakan platform bisnes bagi sektor yang berkenaan dengan pelancongan.
